Isnin, 20 Disember 2010

my chaos time...

My chaos time….
Coretan khayalan…..
Cuma sketsa……(I)
Kota Kinabalu…Mei, 1998

Sedang aku meneliti senarai kursus minor yang ditawarkan tuh, hampir semuanya dah penuh. Camna ni….yang ada tarian, selama ni aku tak pernah menari badan pun keras macam robot. Argggg…tiba2 mataku terpaku pada kawan aku…..hati sedikit berbunga.
“wei nani…ko ambik apa dalam kursus minor semester ni…”. Tanyaku bertalu2 padanya
“Tak tahu lagi tapi semuanya macam dah penuh..apa kata kita masuk jah kelab seni tari tuh…ok tak???” balasnya seakan bisa memahami apa yang tertanam dibenakku masa tuh.
“Oklah tapi nani aku tak reti langsung menari ni….., nanti akhir semester kena tau melibatkan diri dalam persembahan aprisiasi seni…kalut aku nanti..”, aku manyatakan ketidakyakinan aku dalam hal tersebut.
“Lah aku ada, jangan risau akupun tak reti menari ni…..lagipun bila lagi nak belajar menari bukannya selalu…..kan…kan”, semangat yang dipancarkan melalui kata2nya melegakan hati aku yang berkecamuk tuh.
“ko nani kalau pasal hal2 begini no. 1 tau…ok set, nani punya pasal ok green light..no problem”,. Aku tersengih mengiyakan cadangannya yang amat bernas pada masa itu. Almaklumlah semua dah penuh kalau tak ambil, alamak kena hold until the next semester..tak mau aku…

Kami pun medaftarkan diri dalam kursus minor yangditawarkan oleh sekolah kesenian dan persembahan.Pada mulanya, aku risau betul. Umpama kucing nak beranak. Aku ni dalam kategori pemalu jugak. Tapi sebab aku ni type kasar punya orang rasa pemalu tuh terkikis perlahan2 tanpa disedari.

Masa kuliah teori takda masalah…yealah hanya belajar dan mengkaji asal usul sesebuah tarian, sejarahnya…..dan fungsi tarian traditional yang ada dimalaysia. Syok jugak. Tambahan pulak pensyarah dia sporting. Aku perhatikan dalam kesenian ni, satu group tuh memang akan rapat macam adik-beradik. Rasa malu dan segan ibarat berlalu tak terasakan lagi. Ia jugak memupuk semangat keyakinan dalam suatu perkara…yap that’s right. Tak ku sangka aku ni boleh jugak menari…….aku bermonog sendirian.

But, apabila tiba masa belajar menari…alahai, kekok betul. Tension pun ada, aku kalau bab2 belajar kesenian ni lembap betul. Anyam kelongsong ketupat pun aku bengong nikan nak menari….cabaran…heh…he…

Al-kisahnya satu kumpulan telah dibentuk untuk persembahan malam kebudayaan. Aku satu group dengan nani…..thanks God. Nasib baiklah tarian sumazau. Tak banyak step….mulanya tuh maunya aku jadi gila…tapi lama2 aku dah ok. Ala bisa tegal biasa….. Practice makes perfect..walaupun hakikatnya bukannya perfect pun.

Treng-teng2….masa persembahanpun tiba….sambil duduk menunggu giliran persembahan kami, kami duduk dihadapan pentas. Ada suatu perasaan meresapi hati dan jiwaku. Kala itu jugak aku terasa seperti berada diawang2an apabila adanya persembahan band dari budak pelajar minor muzik moden. It’s just like I had been enchanted by the song….seakan masa terhenti apabila aku mendengarkan dendangan seseorang tuh…., alahai…Bisa sungguh penangan sebuah lagu…bisa membuatkan masa seakan terhenti….ibarat ruang masa kala itu milikku…..terpegun ataupun terpaku…..hingga aku tak sedarpun persembahan itu telah sampai kepenghujungnya.

Alkisahnya, persembahan lagu tadi selesai, tak lama lagi giliran kami buat persembahan. Terasa gerun ni. So aku ajak member aku si nani pergi toilet jap. Mungkin sebab darah gemuruh. Selepas keluar dari toilet ada budak2 minor seni moden tadi sedang lepak2. Yealah maybe menghilangkan kelegaan yang tersisa sebab persembahan mereka dah berakhir.

Tak semena2. Dalam kumpulan bebudak tuh kan aku terhenti sejenak. Tiba2 terluah perasaan aku terhadap persembahan nyanyian dia tadi. Seakan aku sedang dibawah pengaruh alam yang luar biasa…. “seronoklah dengar persembahan nyanyian kamu tadi….”, tiba2 sahaja langkah aku terhenti betul2 dihadapannya dan menyatakan apa yang sebenarnya berada difikiran aku dikala itu. Frasa itu selesai dan aku berlalu pergi meninggalkan mereka diikuti oleh member aku si nani tuh. Sampai sekarang ni aku terkenangkan mengapa bisa aku bertindak sebegitu. Tapi aku pasti satu perkara, memang perasaan sebegitu amat indah….once in a blue moon…yea ke tuh??? he..he… hidup 2kan full of suprises.. Tapi sekarang ni aku dah lupa dah lagu tuh lagu apa…mungkin di sebabkan pengaruh masa kot…aku semakin dot…, dot…., dot…., he..he..he…Lagu apa yea????

Kolombong, kk
11 MUHARRAM 1403-17/12/2010

Ditelan mati emak, diluah mati bapak....

DITELAN MATI EMAK
DILUAH MATI BAPAK….
Kadangkala kita terperangkap dalam satu situasi yang membuatkan kita serba salah. Nak tolong payah, tak nak tolong kesian pulak. Nyawa manusia itu kan berharga. Dah tolong pulak takut ada yang tak puas hati, yang menolong pula jadi sasaran. Akibatnya selesai tolong orang kalau boleh kita diam dan buat takda apa2. Tolong sembunyi2 ada hikmahnya demi kebaikan banyak pihak. Moga Allah melindungi dan memberkati kehidupan hamba Allah yang menolong orang lain kerana Allah. Kerana kasihnya terhadap manusia lain….. kerana itu jugak tanggungjawab dan sebagai manusia yang waras harus memainkan peranan agar tiada orang yang akan menderita.
Tengah malam 12/12/2010 selepas selesai menonton tv, ada seorang hamba Allah ni mendengar tangisan meminta tolong dalam sebuah rumah diblok tempat tinggalnya itu. Apa lagi tanpa berfikir panjang, dia menelefon ambulance kerana percaya perempuan yang kena kurung itu cedera. Tak lama kemudian, ambulance sampai bersama anggota polis. Akibatnya semua orang yang berada dalam rumah itu kena bawa kebalai…. Namun esoknya mereka telah dibebaskan…. Kononnya mengikut keterangan bahawa perempuan itu telah didapati mencuri oleh tuan rumah dan akibatnya dia telah dikurung. Entahlah siapa salah dan siapa betul…tapi wajarkah mengurung seseorang setelah dia didapati bersalah??? Patutkah kita meletakkan undang2 ditangan sendiri. Apapun kita serahkan sahaja semua itu kepada perhatian pihak berkuasa. Biarlah kita salah kerana tersalah bagi ampun tapi jangan kita sesekali tersalah bagi hukum…so tepuk dada tanyalah minda…..

Alkisah sipengadu itu serba salah dan sedikit rasa tertekan. Yalah takut jugak apabila diketahui oleh orang lain. Kalau difikirkan bukannya buat jahatpun hanya sekadar menolong. Tapi perkara terpenting kita sebagai orang awam sudah melaksanakan tanggungjawab kita setakat yang kita mampu. Berdoa banyak2 agar Allah sentiasa melindungi dan memberkati kehidupan kita. Amin. Kalau diikutkan ahli keluarga lainnya meminta agar dia jangan lagi masuk campur dalam hal orang lain. Kepala hotak manusia yang banyak2 kat dunia ni berlainan sama sekali corak pemikiran mereka. Tawakkal kepada Allah atas apa yang telah terjadi. Kalau lah kita ditempatnya apa yang akan kita lakukan????

coretan @Kolombong, kota kinabalu

Sekadar Coretan ……..halwa pemikiran


14 MUHARRAM 1403-20/12/2010
Sekadar Coretan ……..halwa pemikiran
It’s been quite long I didn’t update my blog. I love to write but I didn’t have idea what to write anymore. Just to drop a few words here. Recently, the price of garlic and shallot, that we uses everyday rise up madly. The white garlic price goes up up rm7.00 perkilo. And shallot price until this moment I wrote this is around rm70.00 ++ per bag (7 kg/bag). And the price will goes down only in the middle of next year. I didn’t ever imagine that mostly of our cooking ingredient is outside product. For example shallot imported from India, Garlic from china, big union from Holland, New Zealand and china. We also imported ginger form china. As far as I concern the local ginger still can’t support the demand in Malaysia. The local ginger is quite spices than the imported one. But the imported is big in size if compared to the local one.

Others item we uses in our kitchen that we imported from other country are:-
1. jaggery powder or Gula merah from India
2. Sago from Thailand
3. ground nut from India
4. Banglore union or bawang besar Bombay
5. Spices
6. Potatoes
7. Dried chillies (keriting and tomato/yedo)


Peningkatan mendadak harga bawang merah pada penghujung tahun seperti sekarang ni adalah disebabkan kononnya, baru nak memulakan penanaman semula. Mungkin ada faktor lain kot. Allahu Alam Bissawab. Aku menulis setakat apa yang aku ketahui sahaja. Di tambah lagi dengan perbezaan mata wang USD yang meningkat kerana penghujung tahun kebiasaannya harga USD meningkat juga. Seperti yang sudah tercatat dalam sejarah adanya perdagangan dengan Negara China dan India sejak dahulu, rupanya sampai sekarang perdagangan itu masih kekal wujud dan kebergantungan sesama sendiri memang tak dapat dinafikan.

Ahad, 17 Oktober 2010

Pasar Minggu Tuaran

Jeruk Bambangan

17/10/2010 - Bersiar-siar di pasar Tamu Tuaran yang merupakan Pasar Minggu terbesar jika dibandingkan dengan kawasan lain di Kota Kinabalu. Keistimewaannya disini lebih banyak makanan tradisional yang boleh didapati berbanding Pasar Tamu kat KK. Berkesempatan membeli sebotol Jeruk Bambangan yang merupakan makanan tradisiional suku kadazan dusun diSabah.


Tapai Nasi
Masa tengah roda2 window shopping disini, tertanya2 mengenai satu jenis makanan yang dibungkus dalam sejenis daun yang banyak tumbuh liar dikawasan perkampungan. Rupanya tapai nasi. Saya belajar makan tapai nasi ni semasa saya berada di Penang lebih kurang tiga tahun. Sejak itu ianya menjadi salah satu makanan kegemaran dan takkan ketinggalan membelinya dipasar2 malam di sekitar Seberang Perai Utara. Kelainannya cumalah pada jenis daun yang digunakan. Selepas tuh pergi pandai si syahbandar Tuaran yang Indah dan menyamankan.

Pantai Syahbandar - menghadapi Laut China Selatan Hari yang agak memenatkan tapi berbaloi jugak apabila bersama dengan orang2 yang kita sayangi ada bersama. Luv U all...chow

Khamis, 14 Oktober 2010

Kenali bahan dapur kita....

Bawang Putih dan Bawang Merah saiz kecil-diameter only 1Comel dengan saiz yang kecil


Kerja di sebuah kedai trading bahan2 rempah, bebawang dan kekacang banyak mendedahkan aku pada rempah ratus dan bahan2 yang seringkali digunakan oleh masyarakat Malaysia bukan sahaja sebagai penambah rasa malah sebagai remedy keatas penyakit tertentu. Juga petua2 berkaitan rempah dan penjagaan diri.

1. Manjakani- digunakan sebagai ubat tradisi selepas ibu2 mengandung. Ada customer juga memberi informasi ianya bukan sahaja digunakan selepas bersalin tetapi boleh digunakan oleh wanita untuk penjagaan dalaman badan. Caranya dengan menumbuk manjakani dan rebus dengan air dan minum rebusannya 3x seminggu.

2. Kembang Semangkuk

3. Ingu- diguanakan oleh masyarakat india sebagai penambah perasa. Namun digunakan juga oleh masyarakat tempatan disabah untuk menghalau semangat2 yang tak baik.

4. Jintan Putih

5. Jintan Manis

6. Biji Ketumbar-Coriander

7. Buah Pala

8. Pelaga- Cardamon

9. Bunga Cengkih

10. Bunga Lawang

11. Gambir

12. Kayu Manis

13. Halba Campur

Halba


Gambir


Hamoi Putih

14. Tawas-Alum Rock

15. Belerang-sulphur rock

16. Jintan Hitam-Habbatus Sauda/Black seed

17. Gula Merah-Jaggery Powder

18. Gula Melaka

19. Serbuk Lada/Paprika

20. Serbuk Kunyit/Turmuric Powder

21. Serbuk Ketumbar

22. Serbuk Jintan Manis

23. Serbuk Jintan Putih

24. Buah Keras

25. Bunga Lily

26. Kurma Merah-red dates

27. Rempah Kicap

28. Rempah Sup/Sup Bunjut

29. Biji Selasih

30. Biji Sawi/Mustard seed

Kekacang
1. Kacang Kuda – Chick Peas

2. Kacang Hijau-Mung Pea

3. Kacang Dhall Kuning-Kacang hijau yang dibuang kulit

4. Kacang Dhall Australia

5. Kacang Dhall India

6. Kacang Dhall Putih

7. Kacang Putih

8. Kacang Soya

9. Kacang Tanah – Ground Nut

10. Kacang Kupas - Bleached Nut

11. Biji Lada Hitam

12. Biji Lada Putih

13. Barley

14. Kacang Merah

15. Bijan

Hamoi
1. Hamoi Merah
2. Hamoi Putih
3. Hamoi Air

Sagu
1. Sagu Halus Merah/Putih/Hijau
2. Sagu Besar Merah/Putih/Hijau

Bebawang
1. Bawang Putih – White Garlic
2. Bawang Merah – Union Rose/Shallot
3. Bawang Besar Holland/sibuyas/Big Union
4. Bawang Besar New Zealand/Big union
5. Bawang Bombay- Bangalore Union
6. Potatoes

Pencicah

1. Cencaluk – Baling dalam bahasa suluk/Bajau di Sabah
2. Budu – Baggo’ong dalam bahasa Ilocano/Visaya
3. Otak Udang
4. Sambal Rojak

Ahad, 10 Oktober 2010

Tarikh yang Indah.....

10/10/2010-Hari yang menarik disebabkan tarikh yang unik dan indah. Tambahan pula ianya jatuh pada hari kelepasan am-Ahad. Nampaknya ramai yang melangsungkan perkhawinan pada hari ini. Moga mereka bahagia. Bagi yang single kena teruskan berusaha agar bisa menemui seseorang yang serasi dihati dan dijiwa…InsyaAllah. Kena sentiasa harapkan suatu kebahagian dalam kehidupan kita sebagai anak Adam dan hamba kepadaNya Yang Maha Esa.

Dikesempatan ini juga aku, dan dua orang adik perempuan aku ronda2 di bandaraya Kota Kinabalu. Penat tapi berbaloi sebabnya dengan cara ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia ada. Aku sedar satu perkara, nyawa manusia ni terlalu “fragile” sifatnya. Esok atau lusa kita tak pasti akan dapat bersama lagi. Dikesempatan ni aku ambil keputusan untuk memaafkan semua perkara dan tak ingin berkira dalam kehidupan ini. Tak kiralah siapa yang benar atau salah. Namun sebagai manusia biasa selagi kita hidup kita tak lekang dari sifat2 syaitan ataupun sifat kebinatangan, kata lebih tepatnya adakalanya terkeluar juga tanduk invisible kan.,.., he.he.he. pandai2lah kita memujuk dan mengawal hati dan perasaan sendiri. Berdoa selalu agar terhindar daripada sikap yang negatif. InsyaAllah.



Ronda punya ronda dari pasar tamu kota kinabalu sampai lah ke CP, KK plaza, Wisma merdeka dan menjamu makan tengahari kat Pasar besar Kota Kinabalu. Penat "window shopping" hingga sakit tumit kaki dibuatnya. Ramai jugak pengunjung dari pelbagai lapisan keturunan dan juga pelancong luar Negara. Kereta takda, baru lessen L yang akupun tak tahu bila lah nak testnya. Biarkan…biarkan berlalu. Tak mau fakir sangat perkara yang berada diluar kawalan sekarang ni…apa boleh buat just continue renewal the licence. Lepas ronda pasar minggu menyinggah di dataran Deasoka melihat pencarian bakat suara oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian. Syoknya tengok, terimbau kenangan pada seseorang. Hanya tersenyum sendiri memikirkan imbauan karenah masa lalu. Moga hidupnya bahagia. Hanya harapan kebaikan sahaja mampu dilepaskan ke Udara persekitaran lalu dikirimkan melalu angin lalu….. moga angin bisa membisikkan harapan kebaikan itu padanya. InsyaAllah.

Sebelah petang lepak sekejap di CP melihat seisi karaoke yang dibuka kepada orang ramai anjuran Celcom Blue. Bila berbicara pasal lagu mahupun nyayian memang akan teringat sikawan….He…he..he… apapun wajahnya segera hilang diruangan mata…..betapa indahnya kenangan itu…perasaan admire yang wujud keatas seseorang ataupun katassesuatu amat sukar diungkapkan dengan kata2.……Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.

Jumaat, 30 Julai 2010

Win2 situasion...

Salam...

Seringkali dalam kehidupan kita akan ada timbal baliknya. Kita memerlukan kehadiran orang2 dipersekitaran kita. Hubungan sesama manusia ni memang jelas dinyatakan dalam islam, hubungan hablulminannas....

Ungkapan yang sering diwarwarkan adalah orang memberi kita merasa. Orang berbudi kita berbahasa. Jangan ingat kita boleh hidup menyendiri dan tak perlu bergantung dengan orang lain. Walau apapun kebergantungan kita terhadap orang lain kena tengok pada niat kita sendiri. Selagi kita tahu perbatasan jangan berlaku kejam dengan tidak meletakkan sesuatu pada landasan yang sepatutnya. Tak salah jika kadangkala kita berbuat demikian. Kita takkan berjaya dengan usaha sendiri jika tiadanya sokongan keluarga mahupun teman2. Dirumah kita memerlukan kaum keluarga, tempat kerja, majikan memerlukan kita dan kita jugak memerlukan majikan kita dalam bentuk gaji. Tanpa kita sedari bentuk kebergantungan ini merupakan satu contoh Win2 situasion. begitu jugak sahabat. Terima kasih aku tujukan pada sahabat-sahabat aku selama ni yang banyak memberi galakan, sokongan dan jugak nasihat. kadangkala dengan berbuat seadanya ataupun sepatutnya pada orang sekeliling boleh membuatkan kita rasa lega.... anyway, marahlah jika rasa ingin marah tapi patikan jangan marah lama2 tau... nanti diri juga rasa gelombang negatif....yang terpancar pada wajah kita... sendiri mau ingatlah...beb

Celaka????

Assalamualaikum....
it been long enough i didnt update my blog. sometimes banyak idea datang dan apabila berdepan dengan komputer semua idea tuh seakan menghilang. tak update blog bukan kerana sibuk tapi entahlah mungkin kerana kemalasan yang membelenggu diri kot.

terasa nak sentuh pasal ungkapan celaka... bagi akulah inilah perkataan yang paling tak sedap untuk digunapakai walau dalam keadaan emosi yang paling negatif..let say dibelenggu rasa amarah yang teramat?? rasa tak selesa everytimes someone ungkapkan perkataan ini sabagai bahasa harian.. Jauh disudut hati ini setiap kali ungkapan celaka itu diutarakan, aku anggap 1 patah dia keluarkan dari mulutnya bersamaan 44 kali ungkapan itu untuk diri dia sendiri.tak kiralah pada apa atau sesiapapun ungkapan itu ditujukan....takda maknanya...pun...

sedar tak sedar dah dah masuk 3 bulan aku jadi perantau di kota kinabalu. terasa seakan dah lama aku berada disini. mungkin sebab aku pernah belajar dikota ini selama beberapa tahun. really miss my parent at sandakan. yah kalau diberi pilihan aku memang nak settle down kat sandakan...anyway, semua ini cabaran...Yahh!!!

Jumaat, 16 Julai 2010

Kau Bagai Hantu


Wajahmu
Kelibatmu
Bayangmu
Mengisi dan mencuri segenap ruang mayaku
Oh mengapa??
Cintakah??
Kasihkah?
Atau sekadar obsessi menguasai diri..
Minda separa sedarku memikirkanmu
Minda sedarku menafikanmu

Oh…Tuhanku..
Jika dia tercipta untukku
Dekatkan hatiku hatinya
Jika sebaliknya..
Lupuskan ingatan ini padanya

Hakikatnya..
Aku tersenyum sendiri memikirkan karenah
Perasaan dan hati
Bercelaru…
Dia bagaikan hantu
Aku akui
Itu cumalah cebisan ingatan padanya yang tersisa
Sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang lebih mengetahui

Ahad, 20 Jun 2010

Kundasang, sabah

persekitaran nyaman di kaki pergunungan Kinabaluseronok sungguh apabila berkesempatan pergi kundasang. khasnya untuk melihat lembu tenusu di desa cattel sdn bhd yang berada di kawasan Mesilau Highland Kundasang. perjalanan pergi balik lebih kurang tiga jam.


Lembu Tenusu


bertolak dari Kota Kinabalu lebih kurang dalam jam 1.30 dan sampai ke tempat tujuan dalam jam 3.00 lebih. Pada masa inilah lembu2 akan diberi makan dedak dan pada masa yang sama susu lembu akan di perah menggunakan mesin khas.

Pengembaraan menaiki pacuan 4 roda agak memenatkan dan mencabar melalui jalan yang berliku dan berkabus. Tak sangka jugak Sabah memiliki kawasan penternakan lembu tenusu. Keadaannya yang nyaman amat menenangkan Jiwa dan merehatkan minda. Kawasan Kundasang ini seperti yang saya maklum terletak di atas banjaran crocker dan merupakan kawasan pergunungan.

Ahad, 6 Jun 2010

HEAL THE WORLD..

Kadangkala dunia ini begitu menakutkan. i mean that the situation or even the people. i just talked to my colleque this evening. we talked about responsibility, trust or believe. yea terlintas difikiran inikita buat orang begini atau begitu tapi sooner orang akan buat the same thing to us. biarkan kita merasa ketidakpuasan tapi sebolehnya jangan pernah cuba untuk memberi peluang orang lain merasa kesulitan/keperitan itu apatah lagi jika melibatkan insan2 yang berada disekeliling dan begitu dekat dihati kita.


zaman sekarang ni semacam satu trend dah, orang tak lagi mengamalkan sikap perengus ataupun marah2. Memang akan tersua dengan situasi orang marah tapi sebolehnya kita handle the situasion dengan senyuman atau perkataan2 yang lembut sahaja. Bagi yang punyai hati, tindakan sebegini akan menyedarkkan mereka dari kealpaan ataupun kelalaian mereka menguruskan emosi dan perasaan sendiri. Rasa malu akan segera tertanam dihati dan membuatkan mereka cool down.

Cerita melalui kawan ke kawan, ada satu peristiwa. suatu hari ada seorang perempuan yang cerewet dan marah2 apabila pelayan tersalah hantar order yang diminta. Pelayan tersebutpun menukar menu yang dipinta. Kesian pelayan tuh terkebil2 menahan rasa malu yang amat sanagt apabila dihentam dengan cacian yang begitu begitu dahsyat. sampai kat dapur, seorang kawan menyedari kekalutan dihatinya dan dengan selamba menludah makanan tuh dan memberi semula kepada pelayan terbabit untuk dihantar kepada pelanggan yang teruk tadi. orang lain takkan pernah tahu. so kena hormat orang lain kalau nak orang lain hormat dengan kita. Kalau rasa nak marah tuh senyum jah....fikir perkara yang funny atau fikir pasal kebodohan diri ataupun orang lain....teringat cikgu masa form 1 katanya apabila bapa atau ibu marah senyum jah ngan mereka...alahai.

satu peristiwa lagi, ada dua sahabat ni memesan makan kat kedai makan. Datang seorang pelayan yang cantik molek dengan bahasa yang agak menarik hati. mereka memesan dua set kway teow tanpa telur disebabkan member sorang ni allergik dengan telur. alkisahnya, hidangan sampai tapi makanan tuh ada telur. then sikawan sorang memanggil pelayan tadi dan bertanya pasal tuh. si pelayan tuh memeriksa semula order dan mendapati tukang masak salah tengok order tuh. apa lagi mengamuk siperempuan pelayan tuh dengan maki hamun dan kata2 kesat. tukang masak tuh pun naik mendidih. terjadilah pergaduhan yang dahsyat. So, pandangan pOsitif dua orang kawan tadi bertukar menjadi negatif. nampak lemah lembut tapi dahsyat punya perangai....mereka pun berlalu pergi meninggalkan dua orang tuh ibarat ayam sabung...siapa menang siapa kalah memang takda....cuma mereka menonjolkan sikap negatif mereka untuk tontonan umum...berbaloikah???

KOLOMBONG

Sabtu, 5 Jun 2010

No pain No gain

Perjalanan bermula dangan satu langkah.
Akan rasa penat sebelum sampai destinasi tujuan


berakit2 kehulu
berenang2 ketepian
bersakit2 dahulu
bersenang2 kemudian


yang pipih tak datang melayang
yang bulat tak datang bergolek
so kena berusaha untuk mencapai sesuatu


setiap perkara/item tangible/intangible
mempunyai harga
terpulang pada individu menafsirkan atau menghargainya


kena kerja untuk mendapatkan gaji/upah/kesenangan/kehendak/keperluan
(absolutely right)


##fikir2lah sendiri...

Ahad, 30 Mei 2010

penyakit sawan

Pagi2 lagi aku migrasi ke KK dari Sandakan. Tepat kul 1.00pm sampai terminal Inanam. Tunggu kejap before my friend came to pick me up. Sampai jah kat kediaman, tertidur sebab letih. Thanks God tak mabuk walaupun rasa menderita sangat2 dengan perjalanan sejauh 6 jam itu.

Malamnya at about 7.00pm pergi inanam shopping barang keperluan sedikit di sebuah pasaraya. Tetiba sahaja aku dikejutkan oleh suara terkejut dan menangis seorang budak perempuan. Aku menoleh dan mendapati seorang lelaki rebah kekejangan membuatkan budak tuh terkejut beruk…rupanya lelaki tersebut diserang sawan. Inilah kali pertama didepan mataku melihat seseorang diserang sawan. Apabila melihat takda seorangpun bertindak menolong tapi hanya diam terpaku memandang tetiba sahaja aku menjerit menatakan ada orang kena serang sawan dengan harapan akan ada orang datang memberi bantuan.

Tak lama selepas itu datang beberapa orang kakitangan pasaraya tersebut menolong rakan sekerja mereka yang diserang sawan tuh. Tapi tiada apa2 mereka lakukan. Menurut mereka, tiada apa yang boleh dilakukankerana ianya akan normal seperti sediakala selepas beberapa ketika. Akupun berlalu pergi…..dan tak tahu berapa lama serangan sawan tuh berlarutan…..tuh lah bah hidup ni penuh kejutan….

Seingat aku sepanjang pengetahuan aku serangan sawan ni hanya melibatkan lelaki sahaja. Entah betul atau tidak pemikiran aku ni. Allahu alam. Tapi aku tak pernah dengar perempuan diserang sawan. Iyea ke?? Maybe perempuan hanya bertindak sebagai pembawa seperti mana penyakit genetic yang lain. Manakala lelaki akan menjadi pengidap…..please correct me if anyone of you out there knew the better fact.

Satu perkara lagi, penderita sawan pantang minum kopi ataupun yang seangkatan/sejenis dengannya.asal mereka terminum mereka akan diserang sawan. Entahlah!!! Akupun tak tahu kebenarannya.

@KOLOMBONG

Always right!???

Fikir2kanlah...yea...

Marketing and business
Customer always true in every way
Eventhough its not right


Family…
Parent always right in everything


Alam pekerjaan
Boss always right…..

So sesuaikan diri dalam apa juah kehidupan.
Respects kena selalu ada walau pada sesiapapun..
Apatah lagi jika melibatkan orang yang lebih tua dari kita….

Adios…..

Penantian

Menanti kehadiranmu
Merindu bayangmu
Hanya Tuhan yang tahu
Gundah Gulana dihati

Kau jelma
Tidak seperti kehendak hati
Redha…
Tersembunyi hikmah disebaliknya

Pastinya..
Harapan tak pernah lenyap
Agar bertemu idaman
Teguh dan terpendam disudut hati
Bagai hempedu lekat dihati
Moga suatu hari
Ketemunya si jantung hati
Bersamanya menempuhi kehidupan
Dunia akhirat bersama keberkatan

Alahai…
Ketentuan Illahi
Pasrah….
Soalnya penantian,
Tawakkal kepada Allah
Tuhan lebih mengetahui
Anatara keperluan mahupun keinginan

Sedar…
Hidup penuh kejutan
Moga keberkatan memayungi kehidupan
Redhanya ibu ayah dalam pilihan penantian
Itulah seorang anak perlukan
Moga penantian selama ini
Berbaloi….

13.05-2010
KOLOMBONG, KK.

Rabu, 26 Mei 2010

Puisi buat IBU

Tahun 2010 ramai terkeliru dengan bila sepatutnya hari ibu. Ada yang kata sabtu dan ada yang kata ahad (09/05/2010). Apapun dikesempatan ni diucapkan selamat hari ibu kepada semua para Ibu (MUMMY, MOTHER, UMI, INA, AMMA, INANG, MAMA, OMMA, .....) didunia ini. Khasnya buat ibu yang tercinta (di Sandakan) dengan ucapan “ Sayang ibu….”

Puisi buat ibu
Ibu…
Kala ini aku merinduimu,
Senyumanmu, semangatmu, dan tunjuk ajarmu
Maafkan aku kiranya menyakitimu
Tanpa aku pinta dan sedari…

Ibu..
Saat aku terluka dan kecewa
Sedih dan Pilu,
Ribamu tempat aku menyondorkan kepala
Tanpa bertanya
Mententeramkan gelodak dijiwa

Ibu..
Tanpa jemu, doamu untuk kami anak2mu,
Mengharapkan kebaikan memayungi kami,
Bu, jauh disudut hati ini
Terukir dan tersemat indah namamu

Ibu..
Moga doa mu akan menjadikan kami anak2mu ini
Sentiasa mendapat petunjuk dan keberkatan Illahi,
Sentiasa mendapat keredhaanmu ibu
Diberi kesempatan berbakti padamu..
AMIN

Nukilan @ 09/05/2010

Kolombong, Kota Kinabalu

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010

Selamat hari guru kepada semua guru2 didunia ini. Khasnya buat Che Ros, Cikgu Faulana, Cikgu Masita, Cikgu Siti Rohaida, cikgu Zul, Cikgu Azmi……..di hari guru ni secara kebetulannya terimbau wajah2 para Guru yang pernah mengajar selama bertahun2 di alam persekolahan seperti cikgu Jamilah, cikgu Dayang, cikgu Dana, Cikgu Gangga, Cikgu Din, cikgu Mustajab, Ustaz Rahim, Cikgu Chong Fah San, cikgu Wan, cikgu raja dan ramai lagi…..

Automatisnya teringat memory zaman persekolahan yang mana memang memori tuh dah terlalu lama tertinggal kebelakang tapi seakan masih segar dalam ingatan. Istimewanya cikgu Jamilah Hj Abu (Org Melaka), orangnya kecil molek, comel loteh. Guru kelas semasa darjah 4 (1997). Tak pernah marah denganku walaupun aku buat salah. Perhatian dan bimbingannya dikala itu amat2 bermakna dan wajahnya tak pernah luput dalam ingatan ini. Terima kasih cikgu….

Buat cikgu Dana. Pernah mengajar sewaktu di darjah 6 (1989). Cikgu ni pernah meninggalkan persoalan2 dengan sikapnya padaku dikala itu. Memang sikapnya meninggalkan suatu kesan mendalam dihati. Entah dimana silapnya, ada sahaja perkara yang membuatnya sangsi. Walau bagaimanapun, dalam dunia ni memang nyatanya kita akan dipertemukan dengan pelbagai ragam manusia. Aku mengakui kebenaran itu sekarang. Ceritanya begini, pernah suatu ketika dia Tanya aku mengapa aku boleh dapat markah yang agak baik dalam ujian alam dan manusia. Dia kata aku menipu ke?? Direct to the point dia Tanya aku begitu. Tanpa sepatah aku hanya diam dan melihatnya sahaja dengan wajah polos dan naïve tanpa ada pemikiran negative terhadap cikgu tersebut.
Peristiwa seterusnya apabila dia melihat aku berada dalam kelas pilihan. Sekali lagi dia menyatakan rasa kehairanannya melihat aku berada dalam kelas tersebut. Aku seperti biasa diam seribu bahasa. Pernah juga dia mengatakan aku meniru dalam ujian bahasa inggeris tajuk “article”. Entahlah apa dalam kepala hotak dia masa tuh. Tapi mungkin dalam ketidaksedaran aku masa tuh dia memberi perhatian kepada semua anak muridnya kot termasuk aku……..masa perhimpunan terakhir semasa hujung tahun dia menghampiri, memanggil namaku sekali membuatkan aku menoleh padanya dan kulihat dia tersenyum padaku. Tidak seperti kebiasaannya aku akan diam dan memandangnya tapi kini diikuti sebuah senyuman kerna aku lihat seakan ada keikhlasan dibalik senyuman tersebut. Sekuntum senyuman ikhlas seorang murid yang naïve terhadap seorang guru……saat ini aku memikirkan itu mungkin contoh pengertian dan perhatian seorang guru terhadap murid….hakikatnya aku tak pernah membencinya. Sekalung budi buatmu, cikgu. Teringat pula cerpen bertajuk kerna sebatang pensil..yang aku dah tak ingat hasil kaya penulis mana.

Masa form 5, bertemu dengan seorang cikgu yang mendebarkan….jangan salah sangka bukan akibat jatuh hati yea!! Asal sahaja cikgu ni masuk kelas ada2 sahaja murid yang akan kena denda. Jantung dub-dab2X. Mendengar bunyi derap kasutnya, kelas akan diam seribu bahasa seolah malaikat lalu. Setiap kelasnya aka nada sahaja mangsa kena Tanya soalan dan hari tuh tak terlepas member sebelah aku che Ros. Member ni tak dapat jawab soalan dalam sela masa yang diberikan dan membuatkan aku tersenyum dan tertangkap. Tapi aku ni memang jenis yang suka senyum.” Hah, apa senyum2 naik atas meja…”, akupun naiklah atas meja. Yang peliknya aku tak rasa apapun. Malah hamper nak ketawa tapi tertahan-tahan ni. Rasa seronok plak dapat naik atas kerusi dan melihat kelas lain. Al-maklumlah kelas masa tuh berada di tingkat tiga…..seingat aku member aku ni pun kena naik atas kerusi jugak. He..he..he…. peristiwa ni bukan aku sahaja yang ingat rupanya member aku turut mengingatinya dengan jelas. Fikir2 cikgu ni seakan ada aura. Tak garang malah ada muka yang seakan senyum2 jah. Tapi huhh berkarisma kot. Anyway thanks to be my teacher.

Betapa indahnya memori persekolahan. Walaupun pernah kena denda sekelas jalan keretapi, kena jemur diluar kelas semasa tingkatan satu, lompat katak, ponteng subject, kena kejar oleh guru sebab suka balik awal….semua itu manis dalam kenangan. Takku sangka rupanya aku nakal jugak masa tuh walaupun dalam kategori murid yang pendiam……

Khamis, 13 Mei 2010

Tuhan lebih menyayanginya

Selama beberapa hari kat kolombong boleh dikatakan hampir setiap hari hujan lebat disebelah petang. Ada suatu perkara yang menarik kotak fikiran ini seakan digoncang2kan apabila melihat beberapa karenah budak2 mandi dikolam takungan. Apakah ibubapa mereka tak pernah melarang ataupun mengetahui aktiviti anak2 mereka. Lagipipun amat bahaya mainair dalam keadaan hujan begitu lebat. So, persoalan itu hilang apabila pergi kk untuk bank-in cheque dalam pukul 3.30pm. terperangkap dalam jam. Biasalah asal hujan mesti jam. Lebih kurang sejam dalam kesesakan lalu lintas, akhirnya sampai juga ke kedai/office. Thanks God.


Tiba sahaja, dikejutkan dengan perkhabaran ada sorang budak lelaki lemas lebih kurang 15 minit kami keluar tadi. Dalam kul 4.00 pm. Rupanya masa kami keluar tuh aku terperasaan ada seorang perempuan meninjau2 kawasan itu bersama beberapa budak. Rupanya masa kami keluar tuh mereka dah perasaan budak tenggelam. Aku diberitahu, ayah budak tuh beberapa kali menyelam agak lama jugak baru jumpa budak tuh. Tapi semuanya dah terlewat. Budak tuh dak tak bernafas. Tuhan lebih menyayanginya. Moga rohnya dicucuri rahmat.


Cerita pasal hujan begini teringat masa kecil2 dulu. Mesti kena marah kalau main hujan. Apataknya asal kena hujan mesti demam beberapa hari dan terpaksa Abah bawa pergi klinik. Betapa murninya kasih seorang Ayah. Pun begitu, abah mesti cari anak2nya kalau tak kelihatan dan tak senang duduknya kalau belum jumpa.


Peranan ibubapa amat perlu. Kawalan mahupun ingatan terhadap anak2 mesti sentiasa dalam fikiran. Tak kiralah anak2 itu masih kecil ataupun telah dewasa. Asal tak Nampak kena ambik tahu pasal mereka. Jangan baru timbul perkara tak elok melibatkan anak2 baru tersedar. Semua itu dah takda maknanya. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Ataupun jangan sesudah nasi menjadi bubur. Marilah kita sama2 fikirkannya…

Rabu, 5 Mei 2010

Pena


Pena
Aku senang menarikanmu
Mencoretkan sesuatu denganmu
Penawar Luka lara
Meredakan Gundah gulana
Menambat jiwa

Pena
Tanpamu, hidup tak bermakna
Perasaan tak terungkap
Kemarahan tak terluah


Pena..
Setajam-tajam mata pedang,
Bisa menghiris dan membunuh
Namun mana bisa
Setanding mata mu…
Menghiris kalbu sepedih2nya
Bisa mendidik, bisa menggoncangkan dada
Bisa memujuk, mendinginkan panas kemarahan

Pena
Melaluimu
Aku bisa merungkaikan
bisa meluahkan segalanya
Kemarahan, kesedihan, kegembiraan mahupun ketenangan
seutuhnya menerima segalanya
tanpa rungutan , keraguan mahupun kebinasaan


Catatan @ 05/10/2010 (GEO S/B....sayonara)

Isnin, 3 Mei 2010

Farewell...


Woww, ada majlis harijadi cum farewell petang ni. Harijadi our chemist, lab assistant, my E&I bos, and the sweet person from HR department. Seronok plak, ibarat kemesraan tuh terjalin semula. Semoga persekitaran begini akan tetap kekal. Thanks everybody. Being here as a part of the team selama lebih kurang tiga tahun mendedahkan aku dengan pelbagai pengalaman. Amatlah bermakna jika kita tahu batas dan had dalam kehidupan ni. Tahu bila masa nak berhenti mahupun bermula.....dalam apa juah perkara.

Seronok tuh memang seronok. Tapi sebenarnya antara banyak2 party, farewell party paling aku tak suka. Have to say goodbye eventhough kehidupan kita hakikatnya ada pertemuan akan ada perpisahannya. As a human being, nothing i can do except hoping for the good things in our life and for the people we care a lot. Di kesempatan ini aku mohon kemaafan dan terima kasih pada semuanya. dunia ni kecil kita pasti akan bersua jugak. Semoga kita akan berjaya dan bahagia dalam memburu impian masing2. InsyaAllah. Happy birthday and belated birthday untuk rakan2 yang turut merayakannya pada majlis ni....chow


Catatan 04/05/2010 @ 3.25pm

So Sweet

Dah agak lama jugak aku tak ikut keluar dengan rakan sekerja lain yang ada urusan kat luar pejabat. Almaklum lah sekarang ni hujung bulan dan esok cuti umum hari pekerja, member daripada bahagian HR ada urusan nak ambik cash tuk bayar gaji employee. Manakala gaji melalui bank dah masuk sejak semalam lagi. Awal plak gaji. Harapan aku dan juga pekerja lain agar gaji pada waktu2 sebegini memanglah dinantikan. Bah kata orang kampung ontime.Tapi kedangkala ianya tak dapat dielakkan kot. Aku keluar ni, ingatkan nak jumpa doktor tapi tak jadi, so ikut masuk semula ke dalam kilang.

Masa sampai kat Sandakan Town hujan mencurah2. Terpaksalah siggah kat Menara MPS tuk memasukkan barang yang ada kat bucket agar tak basah. Aku dah tak ingat dah, last time aku ikut keluar dalam tahun lalu kot. Masa tuh, taubat aku tak mau ikut sebab terlalu lama buat urusan itu dan ini. Nipun keluar ni sebab sedikit terpaksa. Sebenarnya aku dah kena tinggal. Mereka dah keluar dah. Tapi ada member sekerja ni beritahu aku yang mereka dah keluar. First tuh called driver dan mulalah aku batrep ni. Pas jah aku bercakap aku terus diam. Hah, aku memang betul2 marah kalau aku diam…..so the driver tak jauh sangat masa aku call ni. Sampai hati mereka melupakan aku. So dia masuk semula ambik aku. Thanks to our driver..sekalung bunga he..he. Masa nampak kenderaan ni, aku pelik sendiri, dalam keadaan marah tuh aku dehh bisa tersenyum. Aku ni kalau marah cepat cool off tau….alahai pelik sungguh punya perangai.

Dah lama tak chit chatting ngan member sekerja dari bahagian lain. Terimbau masa dulu, dimana kakitangan semuanya dalam satu office yang sama dan kalau ada apa2 event kebanyakannya bersatu hati. Tapi itu cerita dulu2. Sekarang ni office pun tak sama walaupun kerja dalam satu kilang. Rupanya ada perkara dalam kehidupan manusia ni yang mengambil masa yang lama untuk terungkai. Kita serahkan semua itu dalam perhitungan Illahi. Ada hikmah keatas suatu kejadian.

Perkara paling seronok apabila singgah kat satu premis kenalan salah sorang member yang ada bersama kala keluar tuh, dia bagi bunga ros. First tuh dia hanya bawa sekuntum dan apabila menyedari ada dua orang lagi gals dalam kenderaan kami tuh, dia masuk semula dan membawa dua kuntum bunga lagi lalu diberikan pada kami. So sweet. Senang hati apabila melihat kuntuman bunga tuh. So member dari HR pilih kaler peach, dari Account Dept ambil kaler putih dan aku ambik kaler pink. Patutpun dalam tradisi/budaya orang putih, mereka akan bagi bunga tatkala melawat rakan ataupun kenalan sebagai tanda penghargaan. Sejuk mata memandang. Tenang dan damai hati terasa. Tuh dia penangan aura/gelombang yang tercipta dek sekuntum bunga

Ahad, 2 Mei 2010

Pasar Minggu Sandakan

12/05/2010 (Saturday)
Ramai sungguh orang kat Bandar Sandakan. Semalam cuti hari pekerja 2010. Ramai ambik kesempatan untuk membawa keluarga berjalan2 ataupun membeli belah. Tidak seperti pasar minggu sebelum ni, hari ni ramai sangat. Mungkin disebabkan ramai yang telah rehat semalam dan mengambil inisiatif untuk keluar melapangkan dada.

Pasar minggu Sandakan ni di adakan pada setiap hari Ahad sebelah pagi. Lokasinya mudah sahaja ditemui kalau dah pergi pusat bandar, berada kat Jalan Dua. Booth ataupun gerai yang paling menarik minat aku adalah gerai menjual pokok bunga dan melihat haiwan peliharaan. Melihat pokok ataupun tumbuhan yang ada bunga pelbagai warna dan bentuk. melihat telatah anak2 anjing, anak2 itik, ayam dan juga hamster. So cute. Turut dipamerkan beraneka jenis ikan dan burung.


Tidak ketinggalan beraneka jenis juadah. Tapi selalunya aku akan membeli buah sahaja. kalau bukan nenas, jambu ataupun mangga. So pada waktu2 begini, ambil inisiatif window shopping sahaja. Sambil melihat ragam dan gelagat pengunjung pasar minggu ni.


catatan @ 03/05/2010

Rabu, 28 April 2010

Tukar nama Syarikat




Petang Semalam, aku dapat tahu pasal boiler kilang tempat aku kerja ni selalu trip dan ada masalah overheated. Biasalah, pasang telinga apabila engineer berbincang dan bertanya pada mereka berkaitan apa yang tidak faham. Office pun kat dalam kilang penapisan. kena jugak sentiasa mengikuti perkembangan apatah lagi jika ianya melibatkan keselamatan. who knows right??? sediakan payung dong sebelum hujan. Perkara ni agak kritikal dan bahaya dan kalau kurang pemantauan dari segi setting ia boleh meletup. Simpang Malaikat 44. Moga kejadian buruk tak berlaku disini. Tak tahu plak faktor penyebab masalah tuh. Hopefully the engineers can trace the problem and fix it ASAP. Masa kilang beroperasi tak sampai seminggu begini, banyak pula masalah timbul. Sebenarnya agak lama jugak kilang tak operasi sejak awal bulan march lalu. Moga kejadian BOILER meletup November tahun lalu di satu kilang di Sandakan takkan berulang kembali.

Actually selama beberapa hari ni, sibuk sikit mengubah nama syarikat ke satu nama baru kat semua fail2 yang ada. Namun menyempatkan diri untuk cek email. Baru dua minggu lepas memorandum pekeliling penukaran nama tersebut diedarkan. Masa balik kelmarin cuaca gelap diluar. Masa tunggu ni, sempat jadi model cum photographer tak bertauliah. Iyealah ambil gambar kenangan untuk diabadikan dalam blog ni...

Limpahan Minyak Mentah Kelapa Sawit (CPO)

25/04/2010 – lebih kurang pada jam 9.45am, satu limpahan minyak mentah kelapa sawit terjadi di kilang penapisan dimana aku bekerja. Ianya berlaku sekelip mata. Aku diberitahu kemungkinan ianya disebabkan ada valve ataupun injap yang lupa ditutup ataupun dibuka. Limpahan tuh turut diiringi dengan sedikit wap/asap.
Perkara paling lucu apabila aku ngan rakan sekerja daripada bahagian keselamatan dan kesihatan, tidak perasaan yang perkara tersebut sebenarnya sesuatu yang agak membahayakan. Pada mulanya rakan sekerja aku melihatnya melimpah dan berkata padaku bahawa aliran limpahan itu cantik dengan warna keemasan seakan aliran air terjun kot. So aku pun tertarik untuk melihat perkara yang dia maksudkan. Aku tetiba tertanya2, begitukah minyak tuh mengalir tanpa memikirkan ianya memang tumpahan yang bukan sepatutnya. Nasib baiklah ianya tak banyak dan tak melibatkan kemalangan nyawa. Kami tersedar apabila Pegawai Keselamatan dan kesihatan terpanggil dengan perkara yang kami maksudkan tuh dan secara tergesa2 dia cuba memeriksa apa yang berlaku. Maka sibuklah manager dan jurutera2 yang terbabit cuba untuk mengenalpasti perkara itu. So hakikatnya, memang ia tumpahan yang bukan sepatutnya. Kesimpulannya terlalu banyak perkara yang akan terjadi diluar jangkauan pemikiran kita.

Laluan B ujian memandu

Alahai, terbeban jugak minda dan perasaan apabila memikirkan pasal test QTI mahupun JPJ. Entahlah bila nak kasi confirm tarikh ujian tuh. Ikutkan rasa memang entah bila masa nak yakin. BTW, Cuma tawakkal sahaja pada Illahi. InsyaAllah masa latihan aku kena laluan B. Hopefully masa test pun begitu jugak. Arg… bila nak test ni!!!! Kejap rasa yakin, sekejap plak lain jadinya.

NOTA OLAHGERAK (LALUAN B – GPBSB)

- Seat
- Mirror (Back and Side)
- Seat belt *** Kesalahan kritikan apabila terlupa memakainya.
- Hidupkan enjin – wiper (air, kelajuan wiper(perlahan, kadang2 & laju)) & Lampu (Isyarat –kiri & kanan), emergency and others light, honSebelum memulakan perjalanan, pastikan hand brake dalam keadaan diturunkan dan gear dalam keadaan bebas

1. Tekan clutch habis, masuk G1. Lepaskan clutch perlahan-lahan dan tahan apabila 60% lepas. Kereta akan bergerak. Isyarat kekiri. Kawal steering, break dan clutch habis. Pastikan berhenti sebelum garisan putih. Tarik hand break.


2. Pastikan jalan kiri dan kanan clear. Turunkan hand break. Lepaskan clutch perlahan2 dan tahan. Kawal steering.

3. Tekan oil sedikit, clutch habis dan tukar ke G2. kawal steering. Boleh terus lepaskan clutch.

4. Tekan oil, tekan clutch dan tukar ke G3. Kawal steering. Lepaskan clutch habis.

5. Tekan oil, tekan clutch dan tukar ke G4. Kawal steering. Lepaskan clutch habis.



6. Sampai kat rumah cat warna biru di kiri jalan, tukar G3.

7. ROUND ABOUT (1) : Semasa menghampiri papan tanda kuning “bulatan dihadapan”, bagi isyarat ke kiri. Tukar ke G2 apabila menghampiri papan tanda biru. Perlahankan kenderaan dan pastikan kenderaan yang datang dari arah kanan. Kawal steering.

8. Tukar ke G3/G4 - tekan habis clutch, tukar gear yang dikehendaki dan lepaskan clutch.

9. ROUNDABOUT (2) : signal kekiri selepas sahaja melewati persimpangan jalan kecil di kiri. Tekan habis clutch dan tukar ke G2. Tekan oil sikit kerana roundabout ni sedikit berbukit. Kawal steering. Perhatikan kenderaan dari arah kanan.


10. Tukar Gear – tekan habis clutch dan tukar G3. Perlahankan kenderaan di kawasan menuruni bukit dan juga kawasan sekolah, dengan cara break perlahan2.

11. SIMPANG MASUK KEKIRI : Isyarat ke kiri apabila menghampiri papan tanda warna biru. Tukar G2. Masuk lorong dan kawal steering. Isyarat akan mati sendiri apabila steering dipusing lebih daripada separuh.

12. LORONG KEKANAN : Isyarat ke Kanan. Lihat cermin sisi kanan. Perhatikan kenderaan yang ada dibelakang. Jalan clear? – masuk lorong perlahan2 dan kawal steering. Tekan oil sedikit kerana kenderaan pada masa ni akan menaiki bukit. Matikan Isyarat

13. Apabila melalui apartment- tukar ke G2.
14. Beri Isyarat ke kiri apabila melalui pondok menjual sayur.
15. Tukar ke G2 sebelum membelok kekiri. Kawal steering.
16. Apabila melalui perumahan apartment- tukar ke G2.
17. Beri Isyarat ke kiri apabila melalui pondok menjual sayur.
18. Tukar ke G2 sebelum membelok kekiri. Belok kekiri dan kawal steering. Isyarat akan berhenti sendiri apabila kenderaan membelok.
19. Tukar Ke G3. Kawal steering.


20. ROUND ABAOUT (3) :Tukar ke G2 – tekan habis clutch dan tukar ke G2. Tak payah signal. Perhatikan kenderaan dari arah kanan. Kawal steering

21. Tukar Gear – tekan habis clutch dan tukar G3. Boleh gunakan G3/G4. kat jalan ni.

22. Menghampiri GPBSB- Tukarkan ke G3 dan signal ke kiri. Kawal steering.

23. Tukar ke G2 selepas signaldan masuk ke kiri perlahan2. sentiasa ikut lorong.

24. Masa kat dalam litar ni, tukar ke G1 dan akan melalui satu roundabout kecil. Belok kekanan bulatan dan parking perlahan2. kawal steering dan parking kenderaan dengan mengisi lorong belah kanan dahulu.

25. Jangan lupa bebaskan gear dan tarik hand break.


Tarian pena @ 27/04/2010

Khamis, 22 April 2010

Tiga Penjuru (3 point)


1. Berhenti sebelum garisan putih. Tunggu giliran.

2. Move on guna G1. Sebelum sampai kekedudukan tiang ketiga pusing steering kekanan habis (Kereta akan bergerak ke kanan) dan berhenti sebelum melanggar tiang.

3. Reverse ke kiri guna gear reverse. Pusing steering kekiri dan reverse perlahan-lahan. Berhenti sebelum melanggar tiang.

4. Move on kekiri guna Gear 1 – pusing steering kekiri dan keluar daripada litar 3 penjuru.

**** Masa 3 tiga penjuru jangan sesekali lepaskan break kaki semasa tukar gear dan pusing steering. Lepaskan break hanya apabila hendak menggerakkan kereta kedepan ataupun reverse sahaja.


Tips
***in case terlupa samada dah pusing steering ataupun belum, hanya lihat tayar depan.

***Sentiasa cek hand break diturunkan dan gear dalam keadaan bebas sebelum memulakan/menghidupkan enjin kereta.

Parking

Terdapat beberapa jenis atau cara untuk parking kereta seperti parallel, side, angle. Namun di Malaysia untuk tujuan belajar kereta, parking secara parallel yang akan diuji. Berikut merupakan nota sendiri untuk parking kereta

1. Masuk Gear R and reverse your car until nampak tiang pertama di sebelah kiri cermin kecil kereta. Brek kereta.

2. Reverse kereta kekiri – pusing stering ke kiri hingga habis. Reverse kereta hingga nampak 6 tiang sebelah kanan cermin kereta. Break kereta.


3. Luruskan tayar – pusing steering kekanan 2X. Adjust cermin sisi kereta belah kanan hingga nampak tayar belakang. Reverse kereta hingga tayar belakang berada antara garisan kuning putih. Break kereta.


4. Reverse kereta kekanan – pusing steering kekanan hingga habis. Reverse kereta hingga tayar belakang menyentuh garisan trapezium. Break kereta.


5. Move on – Guna Gear 1-pusing steering kereta kekiri sampai habis. Move on perlahan-lahan hingga badan kereta selari dengan garisan kuning putih.


6. Luruskan tayar – pusing steering kekanan 2X dan selaraskan agar cermin sisi kiri kereta selari dengan tiang. Kat sini use common sense asal jangan terlanggar tiang depan.


7. Reverse kereta kekiri – pusing steering kekiri sampai habis guna gear R. Reverse kereta perlahan2 hingga tayar belakang kereta menyentuk garisan trapezium. (sila tengok semula cermin sisi kanan kereta).


8. Move on – guna gear 1, pusing steering kekanan sampai habis. Gerakkan kereta kedepan hingga tiang pertama litar parking selari dengan badan pemandu. Berhenti.


9. Move on kekiri – pusing steering kekiri samapi habis dan gerakkan kereta hingga badan kereta selari dengan garisan kuning. Break.


10. Luruskan tayar – pusing steering ke kanan 2X maju sedikit kedepan sebelum keluar dari parking.


Bagi Step 9 dan 10 – boleh digabungkan. Selepas step 9 boleh terus balas stering sebelum menghentikan kereta.

** tiada penggunaan pedal minyak sama sekali semasa melakukan parking.
**kawal clutch agar kereta bergerak perlahan2.

Jumaat, 16 April 2010

Lelaki itu ayah....

“LELAKI INI YANG TERLALU MENYINTAIMU…..”

Lelaki itu seorang ayah yang pemurah terhadap anak2nya dan keluarga. Pemurah dari semua segi terutamanya kasih sayang. Caring dan sanggup berkorban demi anak2nya.

Suatu ketika, aku menaiki bas dari Sandakan ke Kota Kinabalu yang jaraknya lebih kurang 400KM. Sepanjang perjalanan ini aku tertarik dengan perihal lelaki itu seorang ayah bersama dua orang anak perempuan kecilnya. Sikap caring yag dimiliknya terhadap anak2nya membuatkan aku jatuh hati pandang pertama terhadap lelaki ini.Alangkah bertuahnya perempuan yang memiliki lelaki itu. Anak2 itu tidur dengan lena dipangkuan tangan dan riba si ayah. Lelaki itu menjaga kedua2 anak gadis kecilnya itu dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Sanggup berkorban demi anak2 tercinta…hatiku berdetak detik memikirkannya. Ianya seakan satu pemandangan lukisan indah yang tak dapat digambarkan dengan kata2…tak ternilai.

Tetiba sahaja aku tersentak dengan kehadiran konduktor bas yang memeriksa tiket lelaki itu dengan anak2nya, dan memberitahu katanya lain kali tak perlu membelikan tiket tuk anak2nya tuh memandangkan sekarang bukan masa perayaan…dengan tersenyum lelaki itu menjawab takpahlah…..dan aku mengerti dia tak mau menyusahkan anak2 itu…….alahai…nasib baiklah dia dah berpunya….so nampaknya aku dah takda peluang lagi kot…he…he…orang kata, lelaki yang baik memang sudah dipunyai...... melihatkan sikap anak2nya juga aku berfikir sendiri….comel dan tak banyak karenah. Kadangkala sikap anak2 nih merupakan cerminan sikap kedua ibubapa…..entahlah…iyea kot.

Walaupun lelaki itu turun dipertengahan perjalanan namun ianya masih jelas dalam ruangan pemikiranku hingga ke saat ini. Harapnya aku akan bisa bertemu insan penyayang seperti itu…..InsyaAllah.

Lelaki itu suami dan kekasih

lelaki mungkin akan jatuh cinta kedua kali. Tapi seringkali cinta itu tanpa logika. Lelaki itu sipelaku cinta tanpa logika ini biasanya akan melihat semuanya tanpa fikiran yang waras sedangkan dia mempunyai seorang isteri yang sangat menyokongnya dalam apa jua keadaan. Dan sang isteri dengan tekunnya turut membantu dalam menambahkan pendapatan….tanpa sebarang keluhan hanya kerana perasaan cinta dan kasihnya pada sang suami. Tapi apa balasannya…begitu mudahnya sang suami akan melupakan segalanya tentang si isteri, keluarga mahupun anak2. Ibarat mereka menjadi sesuatu yang takda makna dalam hidup sang suami berkenaan. Kononnya jatuh cinta kali kedua:

CERITA 1: Seorang kakak bercerita perihal rumahtangganya yang dah musnah lantaran silelaki itu…sang suami berkenalan dengan seorang perempuan yang boleh dianggap adik ataupun anak. Kononnya jatuh cinta kali kedua. Hah, kita boleh kategorikan cinta sebegini cinta gila ataupun cinta tanpa logika….si lelaki itupun dah bernikah dengan sang kekasih. Tapi apa yang aku fikirkan melalui cerita ni…Lelaki itu kalau dah jatuh cinta lupa segalanya…umpamanya otak dah kena brain wash…anak2pun dah tak dapat melanjutkan pelajaran kerana si lelaki itu…apakah sang kekasih amat berbaloi dimiliki dengan pengorbanan yang terlalu besar hingga melibatkan masa depan anak2??? Tepuk dada tanya selera….

CERITA 2: Aku ada kawan seorang tukang jahit, mempunyai seorang cahaya mata. Kiranya pendapatan mereka kira ok lah jugak. Tapi sekali silelaki itu..sang suami jatuh cinta dengan seorang perempuan…..apa yang jadi???, lelaki itu jadi buta mata hati….hingga tak dapat melihat apa yang dia miliki dan melepaskannya begitu sahaja hanya kerana seorang perempuan yang baru muncul dalam hidupnya…..

CERITA 3: Cerita seorang kawan, berkenaan seorang lelaki cina yang berkhawin dua. Isteri pertama dan anak2nya berada di semenanjung Malaysia dan isteri (muda) kedua di sabah. Perkara malang berlaku apabila si lelaki itu sang suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri keduanya dengan anak yang masih kecil terkapai2 sendirian menguruskan pengkebumikan memandangkan isteri pertama dan anak2nya yang memang dah besar panjang dan mempunyai kerjaya tetapi lepas tangan sahaja ataupun masih berdendam dan marah apabila si lelaki itu berkhawin lagi…..entahlah. Akibatnya????..fikirlah sendiri….!!!

Lelaki itu kawan....(kononnya)

lelaki semuanya akan maksudkan apa yang mereka perkatakan tak kiralah mengenai apapun walaupun dalam nada bercanda. So, beware. Walaupun siapa mereka, jangan sekalipun menjadikan maruahmu sebagai cagarannya…jangan sesekali….nanti menyesal seumur hidupmu….

Seorang kawan pernah bercerita padaku berkenaan kenalan internetnya….Lelaki itu….mereka berkenalan diruangan maya…kiranya kenal hampir setahun jugak sebelum memutuskan untuk bertemunya. Ingatkan ada kesempatan bertemu keluarga silelaki itu…..tapi lain jadinya. Mereka tidur sebilik…..tapi sikawan ni sedaya upaya cuba mempertahankan maruahnya. Syukur kehadrat Illahi kerana katanya dlm dua malam bersama lelaki itu, walaupun lelaki itu cuba pelbagai cara, mujurlah kejadian buruk tak berlaku, sebab dalam proses penolakan itu, lelaki itu mungkin boleh bertindak diluar kawalan seperti merogol ke??? Siapa tahu..iyea kan??? Anyway si kawan ni pun dah berkeluarga dah bersama insan tersayang dan dikurniakan cahaya mata dan dah melupakan hal itu, kerana yang penting katanya dia selamat dan itu pengajaran agar jangan sekali mempercayai lelaki yang tidak diketahui latar belakang dan personalitinya. Tapi yang melucukan katanya sepanjang dua malam bersama dia memang tak tidur ataupun berpura2 tidur…….hanya semata2 menjaga dirinya dari ternoda oleh insan yang bukan bergelar suami……kepada kawan aku tuh…..i am glad the bad things didn’t happen at the time and sempena tahun baru akan datang moga dirimu dilimpahi kesejahteraan bersama orang tersayang. The best things, si kawan ni ambik keputusan untuk terus melupakan semuanya. tak pernah lagi menghubunginya and memblog semua nombor yang berkaitan dengannya. Bah kata Lirik Lagu Slam...TAK MUNGKIN BERPALING LAGI dan lirik lagu Izlyn...HAI2, BYE2. Sedikit funny mendengar kisah ni pada mulanya.....tapi itu NYATA akibat rentetan yang wujud daripada persekitaran MAYA. Allahu Alam Bissawab.

Daripada apa yang berlaku, dalam persekitaran maya semuanya berisiko. Kena kenali dulu latar belakang seseorang dalam berkawan. Kawan lelaki mahupun perempuan. Fikir panjang apabila melibatkan maruah keluarga.......Fikir2 kanlah

Khamis, 15 April 2010

Kuman diseberang nampak, bangkai gajah depan mata entahlah mengapa tak nampak yea!!!!

Kadangkala dalam hidup kita akan tersesat. Tak kiralah tersesat dari segi sikap sombong, angkuh, mahupun sikap pentingkan diri dalam semua benda. Hinggakan kita fikir hanya kita sahaja yang layak untuk semua kebaikan tuh dan tidak sesekali layak untuk orang lain. Betapa besar nafsu yang beraja dihati yea.

Lucu apabila memperihalkan sikap member sekerja ni. Aku bahasakan dia ni SIPEREMPUAN. Entahlah aku kah yang kejam ataupun salah siapa..i didn’t want to bother my mind think about her. Enough is enough. Sebetulnya, aku dah lama membuang nama perempuan ni dalam kamus ruangan kerja aku sejak hampir dua tahun lepas. Fikir punya fikir bolehnya aku hidup tanpa sikitpun memandang wajahnya dan seolah2 dia tak wujud langsung dalam ruangan hidup aku. Nak katakan kesalahan dia besar, rasanya tak kot, tapi ianya the matter of heart…wait and see. Mungkin ini dugaan Tuhan bagi menguji hambanya. Its only the matter of time. Allah Maha Adil.


Pagi ni aku terdengar daripada beberapa colleque membincangkan pasal ini PEREMPUAN. Wow sejak dua tahun lepas, sikapnya langsung tak berubah malah makin teruk. Aku rasa si PEREMPUAN ni beruntung sebabnya ada sahaja telinga2 yang nak mendengar komen mahupun aduannya pasal rakan sekerja lain. Entahlah apa bah dia dapat dengan berbuat demikian????? Fikir punya fikir aku rasa dia dapat KEPUASAN yang INFINITI kot. Allahu Alam, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu. Akupun dah tak kisah dia nak buek apapun. InsyaAllah esok ataupun lusa aku akan tender resignation letter. Satu kelegaan buatku. Walaupun jauh disudut hati aku sayangkan kerja aku. Rasa sayang ni yelah bukan sehari dua terpupuk. Ianya turut di resapi pelbagai rasa (sedih, marah, tangisan, kekecewaan, kegembiraan, pengalaman, kepuasan, pengetahuan). Selama kat sini aku banyak belajar. Jumpa ngan pelbagai ragam. Aku cuma pelik, mengapa dengan mudah ada setengah2 orang ni kalau nak mengomplain no.1 tak kira dengan sesiapa pun. Yang penting ianya terluah. Kenapa tak cuba cari jalan daripada terusan merungut, and at the end nothing have been changed. Buat penat jah. Buat orang lain makin tambah meluat lagi ada…ALAHAI. Aku teringat kata pepatah "kuman diseberang nampak tapi bangkai gajah depan mata tak nampak". Betullah tuh. Apabila melihat keburukan/keaiban orang lain bukan main lagi dia ligat. Tapi apabila melibatkan keburukan/keaiban diri sendiri tak pula dia perasaan. So, sebelum nak mengomplain tuh pastikan diri tuh AGAK perfect…. Ataupun jenis yang AGAK mengikut peraturan. Jangan main separuh2 sahaja.


Aku sedar, hidup ni sementara. Hidup ni umpama pentas. Pelakun silih berganti. Kita akan sentiasa berjumpa dengan pelbagai orang. Hakikatnya bukan selamanya kita sentiasa kan bersama. Kenapa tidak kita menghargai insan yang ada disekeliling kita. Kalau tidak menghargai mereka pun at least show that anda layak untuk dipercayai. BTW, jangan leka kita juga manusia sentiasa melakukan khilaf. Amatlah bertuah jika ada seseorang disisi (kawan ke, keluarga ataupun sesiapa saja) yang mampu untuk menegur ataupun memberi kritikan. Mereka ibarat cermin bagi kita. Retak cermin tuh retaklah peribadi......


Berbicara pasal sombong dan angkuh, artikel yang terdapat di link berikut best untuk halwa minda.
http://dengantenang.blogspot.com/2010/04/sombong-bukan-milik-kita.html

Isnin, 29 Mac 2010

Hill Driving (Nota)

1. Stop sebelum garisan kuning. Tunggu arahan. Sentiasa amalkan penggunaan break tangan dan bebaskan gear. Nak mula kena Angkat tangan.

2. Gear 1- move on your car hingga tiba kawasan bukit tekan minyak sedikit, lepaskan clutch. Jangan tekan clutch sama sekali semasa naik bukit. Lepas pedal oil sebelum cermin sisi kereta selari dengan tiang pertama.

3. Clutch perlahan2 dan break semasa cermin sisi selari dengan tiang pertama. Angkat hand brake 2X tik, sebelum mengangkat kaki daripada pedal break. Lepaskan pedal break. Tapi biarkan kaki masih menekan habis pedal clutch. Cek tayar dalam kedudukan yang dibenarkan. Ok.

4. Tangan kiri sedia memegang hand brake. Tekan pedal oil hingga RPM antara 3 – 4. dan tahan kedudukan pedal oil tersebut. Angkat perlahan2 clutch sedikit. Apabila terasa badan kereta bergegak/terangkat sedikit, tahan clutch dan turunkan hand brake. Pada masa ni tekan pedal oil sedikit. Kawal stering. Kereta akan bergerak kedepan. Then lepaskan pedal oil.Perlahankan kelajuan dengan menggunakan brake perlahan2.


******Masa naik bukit – yang penting lepaskan sikit clutch then tahan sebelum turunkan hand break. Kawal steering. In case apabila perlu untuk mengulangi semula naik bukit, turunkan hand break, kawal steering dan kereta akan undur dengan sendirinya. Break apabila hanya sampai kat garisan nak naik bukit. Jangan lepaskan clutch - perlu agar enjin tak mati.

*******In case enjin kereta tetiba sahaja mati : pusingkan kunci kereta dan pastikan kaki menekan clutch.


p/s : betullah kata orang, Perkara paling mencabar adalah latihan/test semasa menaiki bukit.

Artikel2 berkaitan:-

http://www.driversedguru.com

http://www.driving-school-beckenham.co.uk

http://www.johnfoote.co.uk/manouevres/hillstarts.htm

Ahad, 28 Mac 2010

Jurnal 21/03/2010 - 26/03/2010




21/03/2010 - Seperti kebiasaannya para pekerja akan berkumpul di Bandar Kim Fung , Bandar Indah Jaya dan juga Simpang Mawar untuk pulang dan juga pergi kerja. Terdetik nak ambik gambar persekitaran di Bus Stand Kim Fung sambil melihat lagat rakan sekerja lain. Seperti hari2 yang sudah, masa menunggu ni memang dihabiskan dengan gurau senda sambil ketawa…….melihat pelbagai gelagat manusia sehingga bas pengangkutan kami tiba.

24/03/2010 - Beberapa hari ni cuaca mendung dan disusuli hujan sekali sekala. Cuaca begini amat baik untuk persekitaran tempat kerja yang berhabuk, kering dan banyak kerja2 tanah sedang dilakukan dipersekitarannya. Walaupun kadangkala cuaca begini menyebabkan perjalanan masuk dan keluar tempat kerja sedikit terganggu dengan jalan licin dan gravel. Masa balik kerja sebelah petang, perjalanan sangkut sekejap kerana ada lori angkut tanah terkubur tayar. BTW our driver berjaya melalui jalan tersebut dengan jayanya. So amat penting kalau seseorang yang bekerja itu kompeten dalam bidang masing2. Sepanjang kerja kat sini lebih kurang 3 tahun (09/05/2007-09/05/2010), pelbagai halangan perjalanan dah pernah dilalui…..dan semua itu sudah pasti akan meninggalkan kenangan. Ada satu peristiwa yang mungkin takkan dapat dilupai sepanjang hidup. Ianya berlaku lebih kurang setahun lalu. Peristiwa ni menunjukkan kuasa air yang boleh menyebabkan suatu kejadian yang tak diingini hampir berlaku. Syukur kehadrat Illahi, semua yang terlibat selamat. Kisahnya begini, petang 04/01/2009 hujan lebat mencurah lebih kurang pada pukul 3.30 pm. Tepat pukul 5.00pm, beberapa orang engineer bergegas balik. Tiba dekat pertengahan perjalanan yang mana jalan2 masa tuh masih boleh dilalui walaupun telah ditenggelami air. Tiba2 sahaja, air deras mencurah menuruni bukit dan menyebabkan kereta yang dinaiki berputar 180 darjah. Peristiwa ni juga menyebabkan kami terpaksa menunggu hingga banjir surut pada pukul 12.00 tengah malam dan pulang menaiki pacuan 4 roda. Sebahagian daripada staff lain pulang menggunakan tug boat. Sebenarnya perjalanan melalui jalan gravel memakan masa lebih kurang 20-25 minit menaiki bas kilang yang disediakan oleh pihak syarikat sebelum tiba dijalan bertar (Bandar). Bayangkanlah setiap hari kena melalui jalan gravel dan berdebu keluar masuk kilang. Tapi itulah hidup penuh dengan cabaran dan kena terima dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Jiayooo sentiasa menghadapinya. Huuuhh..huuuh, Kalau difikirkan terasa macam dalam cerita dongeng plak. Terpaksa menngharungi lurah dan bukit.....sebelum sampai ketempat yang dituju....


25/03/2010 – Kursus penggunaan alat pelindung diri (Personal Protective Equipment -PPE) pada sebelah pagi. Seronok jugak mendengar ceramah yang diberi kerana turut disusuli oleh lawak jenaka dan suara2 peserta yang ada kat belakang. Banyak juga pengetahuan yang didapati dalam kursus ini walaupun berlangsung dalam jangka masa yang singkat sahaja. Pada akhirnya para peserta diberi peluang mencuba sendiri mask 3M.

Coklat Oh Coklat...

Al-kisah ada satu cerita. Perihal coklat. Siapa tak suka coklat? Amat jaranglah orang kat dunia ni yang tak makan coklat.Yea, kadangkala kalau teringin nak makan coklat sudah tentulah pergi kedai, beli dan makan ataupun minta tolong orang belikan mungkin dari si buah hati ke, si buah jantung ke, si buah cempedak ke, heeh..heeh, ataupun si mata air. Paling mengasyikkan jika coklat tuh pemberian seseorang. Alangkah seronoknya.

Bulan lepas ada 2 orang engineer ni pergi outstation kat Semenanjung. Sebelum pergi tuh ada seorang collegue ni minta belikan coklat sebagai ole-ole. So si engineer nipun belilah ole-ole tuh. Then dia pun bagilah pada seorang lagi colleque perempuan lain untuk di agihkan.

Tatkala suatu saat, mungkin si engineer teringat pasal coklat tuh lalu bertanya pada sipemesan coklat. Berubah terus muka sipemesan coklat tuh, sebabnya dia tak pernah nampakpun rupa coklat tuh bagaimana, so batrep lah sikawan. Mengapa yea agaknya coklat tuh tak sampai2 kat dia dan orang lain. Sedangkan coklat tuh untuk kakitangan office yang lain jugak. Alahai takkan lah sebab coklat yang tak seberapa tuh dia terlupa diri. Siapa tak geram kalau amanah yang sepatutnya dilaksanakan rupanya tersangkut akibat hawa nafsu yang diikutkan sangat. Sebenarnya the moment I knew about this story its makes me smile and feel funny. Iitulah salah satu lagi ragam manusia yang mendiami muka bumi ni……aku tak rasa sangat sebab aku ngan engineer ni tak rapat walaupun satu office yang sama dan dia juga one of my HOD, tapi aku punya member sorang ni terasa sedikit dengan sikap itu perempuan, kalau difikirkan, dia memang layak untuk terkilan dengan sikap perempuan tuh. Alahai takkanlah tak pernah tengok coklat seumur hidup kot hingga terlupa segalanya apabila nampak coklat dari KL????. Huuh..huhh. Kat kedai melambak, boleh pilih dari Vanhouten ke, Cadbury ke…pilih sahaja dan nikmatinya semahumu. Lantas fikiran ligat terbayang kata-kata bahasa bajau : emmboho makaenddaan dina…maka aseh…. It was very pathetic.

Dipendekkan cerita, pada petang tuh, after lunch time there was a chocolate bar and the pemesan coklat tengah makan and offer us (me and another colleque same office with me) but truly I didn’t have heart to have that chocolate anymore. So I just say no but thanks to her… and in the bottom of my hearts says if I really want to eat chocolate I will buy myself. Sedar jugak its wasn’t for me buat apa terhegeh2 nakkan perkara yang memang bukannya untuk kita, kadangkala kesedaran tuh penting untuk menguatkan keyakinan dan jugak jati diri. Buat apa menyusahkan diri. Bukannya tak pernah rasa ….mengapa perlu menyusahkan diri di atas sesuatu common things in the world yang memang bukan hak kita. Hakikatnya itu semua akan jadi najis jugak. Let she eat it out as she pleased. Itu baru coklat apa jadi jika ianya melibatkan perkara yang jauh lebih bermakna dan berharga???? So fikirlah sendiri.

Better you spent your own money to have whatever you like and affordable to have….dan nikmati ianya tanpa ada perasaan negatif. InsyaAllah, kita kejar kedamaian dan bukannya ketamakan….sempat jugak buat sedikit research from one of the engineer yang pergi bersama hari tuh. Secara kebetulannya engineer ni jugak is my HOD too….from what I have been told the engineer buy chocolate at the airport tuk keluarganya dan coklat tuh bukan dalam bentuk bar tapi dalam bentuk kecil2. Entahlah Allahu alam….dan coklat bar yang dimakan tengahari tuh datang dari mana dan beli guna duit siapa ….tak pernah dah terlintas nak tanya. Lantaklah, sebab tak berminat nak tahu. Cuma semua yang berlaku ni membuatkan fikiran negatif terhadap perempuan ITU semakin menebal, membuatkan minda ini berfikir2 and still masih mencari sisa kebaikannya tapi hakikatnya tak jumpa jugak. Mungkinkah kalau memang sudah tertanam tanggapan negatif terhadap seseorang, minda akan sentiasa menafsirkan apapun perlakuannya tetap nampak keburukan daripada kebaikannya. Apa boleh buat…….

Rabu, 24 Mac 2010

Momento 09/05/2007-31/05/2010

Kali ni, nekad dah nak hijrah. Walaupun terasa berat nak meninggalkan tempat ini tapi demi masa depan dan mengejar sesuatu dalam kehidupan ni aku open my heart seluasnya. Moga aku akan melalui satu perjalanan hidup indah yang takkan dapat aku lupakan, menemui impian..InsyaAllah. Actually kerja selama tiga tahun dalam company yang aku akan tinggalkan ni mengajar aku banyak perkara. Jasa Chemist Ms. J takkan dapat aku lupakan. Sekalung budi buat Ms. J kerana memberi aku peluang menimba pengalaman kat company ni. Banyak pengalaman yang aku cedok semasa disini. Pejam celik tiga tahun berlalu begitu cepat. Kalau belajar dah dapat sijil, diploma ataupun ijazah… betul tak???
Kehidupan ini memang kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Tapi yang paling teruk jika kita bertemu dengan orang yang mempunyai hati yang busuk. Lebih baik bertemu dengan orang yang sombong yang buat kerjanya sahaja tanpa mengganggu orang, atau berkenalan dengan pencuri, yang mana kita akan berjaga2 sentiasa, pembohong plak kita akan menapis setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya tapi bagaimana dengan orang yang pandai bermuka2, bercakap penuh manis, tapi hakikatnya hati dia ibarat daging yang rosak dan masam semasamnya seperti 100 lemon yang semakin membusuk. hek..eleh..iyea ke tu?? Orang seperti ini, membuatkan jiwa dan semangat menjadi semakin kental dan keras. So salah siapa??? Biarlah walau apapun terjadi…biarkan ianya berlalu walaupun jauh disudut hati mana mungkin parut itu bisa sembuh dengan mudahnya….pandang kedepan, hijrah and never ever look back again. Leaving all behind.


Tapi ada perkara yang paling berharga aku sedari. Bertemu semula dengan rakan sekolah dan hubungan persahabatan itu bertambah utuh. Walaupun kengkadang ada sikap buat tak tahu jah, namun dihati memang akan terkenang selamanya. Kata orang, once kita anggap seseorang tuh kawan kita akan bisa dong menerima kekurangan dan kelebihan mereka. Itulah contoh cinta tanpa syarat. Menyayangi mereka apa adanya. Hidup Cuma seketika dan takkan rugi apapun jika kita buat sesuatu kebaikan demi orang lain apatah lagi jika seseorang tuh kawan jika hak, instead of berkira bagai nak rak untuk sesuatu yang sebenarnya seseorang tuh berhak. Apa boleh buat ada setengah2 orang ni mereka dapat kepuasan kot dengan cara begitu. Tepuk dada tanya selera

Hingga kini ada wajah dan nama yang tak pernah lupus dalam ingatan, ada yang wajah masih diingatan tetapi nama langsung tak ingat..ataupun sebaliknya. Alahai..itulah semakin usia makin meningkat semakin kita terlupa banyak perkara. Please lah be nice to others with sincerety. Buatlah sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan nescaya hati akan tenang…..walaupun kengkadang hati dan perasaan kita seakan tak ingin melakukan kebaikan. Pujuk diri…sentiasa..


Sebesar-besar dosa, besar lagi kemaafan…memang betul dan tidak dapat dinafikan. Di kala meninggalkan segalanya dibelakang, rasa marah dan kesal tuh masih ada. Mungkin memerlukan banyak tahun/masa untuk bertenang dan memaafkan. Saat ini, aku tak dapat menidakkan kata hati dan perasaan aku… lalu aku mengizinkan ianya kekal dihati.
Kepada rakan sekerja aku and my bosses, aku mohon kemaafan andai selama ni aku pernah melukakan hati dan perasaan kalian. Bah kata orang dulu2 ada pertemuan akan ada perpisahaan. Ramai yang tak sukakan perpisahaan dan antara banyak2 majlis, paling aku tak suka adalah majlis perpisahan. Tapi sebagai seorang manusia aku sayangkan rakan2. Makanya aku inginkan yang terbaik buat mereka dan sentiasa berdoa agar hidup kita sentiasa dilimpahi keberkatan Illahi. InsyaAllah. Jiayooo...jiayooo
Aku tender resignation on 17th april, 2010 and will be here until 31st of May. Maka terlepas segala kelegaan dan jiwa lebih tenang. Cuma sekarang ni aku belum settle dengan ujian driving aku laie...cam na ni???? risau...risau....aku kena kuatkan mental dan fizikal....ahhhh... ((((23rd april, 2010))))