21/03/2010 - Seperti kebiasaannya para pekerja akan berkumpul di Bandar Kim Fung , Bandar Indah Jaya dan juga Simpang Mawar untuk pulang dan juga pergi kerja. Terdetik nak ambik gambar persekitaran di Bus Stand Kim Fung sambil melihat lagat rakan sekerja lain. Seperti hari2 yang sudah, masa menunggu ni memang dihabiskan dengan gurau senda sambil ketawa…….melihat pelbagai gelagat manusia sehingga bas pengangkutan kami tiba.
24/03/2010 - Beberapa hari ni cuaca mendung dan disusuli hujan sekali sekala. Cuaca begini amat baik untuk persekitaran tempat kerja yang berhabuk, kering dan banyak kerja2 tanah sedang dilakukan dipersekitarannya. Walaupun kadangkala cuaca begini menyebabkan perjalanan masuk dan keluar tempat kerja sedikit terganggu dengan jalan licin dan gravel. Masa balik kerja sebelah petang, perjalanan sangkut sekejap kerana ada lori angkut tanah terkubur tayar. BTW our driver berjaya melalui jalan tersebut dengan jayanya. So amat penting kalau seseorang yang bekerja itu kompeten dalam bidang masing2. Sepanjang kerja kat sini lebih kurang 3 tahun (09/05/2007-09/05/2010), pelbagai halangan perjalanan dah pernah dilalui…..dan semua itu sudah pasti akan meninggalkan kenangan. Ada satu peristiwa yang mungkin takkan dapat dilupai sepanjang hidup. Ianya berlaku lebih kurang setahun lalu. Peristiwa ni menunjukkan kuasa air yang boleh menyebabkan suatu kejadian yang tak diingini hampir berlaku. Syukur kehadrat Illahi, semua yang terlibat selamat. Kisahnya begini, petang 04/01/2009 hujan lebat mencurah lebih kurang pada pukul 3.30 pm. Tepat pukul 5.00pm, beberapa orang engineer bergegas balik. Tiba dekat pertengahan perjalanan yang mana jalan2 masa tuh masih boleh dilalui walaupun telah ditenggelami air. Tiba2 sahaja, air deras mencurah menuruni bukit dan menyebabkan kereta yang dinaiki berputar 180 darjah. Peristiwa ni juga menyebabkan kami terpaksa menunggu hingga banjir surut pada pukul 12.00 tengah malam dan pulang menaiki pacuan 4 roda. Sebahagian daripada staff lain pulang menggunakan tug boat. Sebenarnya perjalanan melalui jalan gravel memakan masa lebih kurang 20-25 minit menaiki bas kilang yang disediakan oleh pihak syarikat sebelum tiba dijalan bertar (Bandar). Bayangkanlah setiap hari kena melalui jalan gravel dan berdebu keluar masuk kilang. Tapi itulah hidup penuh dengan cabaran dan kena terima dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Jiayooo sentiasa menghadapinya. Huuuhh..huuuh, Kalau difikirkan terasa macam dalam cerita dongeng plak. Terpaksa menngharungi lurah dan bukit.....sebelum sampai ketempat yang dituju....
25/03/2010 – Kursus penggunaan alat pelindung diri (Personal Protective Equipment -PPE) pada sebelah pagi. Seronok jugak mendengar ceramah yang diberi kerana turut disusuli oleh lawak jenaka dan suara2 peserta yang ada kat belakang. Banyak juga pengetahuan yang didapati dalam kursus ini walaupun berlangsung dalam jangka masa yang singkat sahaja. Pada akhirnya para peserta diberi peluang mencuba sendiri mask 3M.