10/10/2010-Hari yang menarik disebabkan tarikh yang unik dan indah. Tambahan pula ianya jatuh pada hari kelepasan am-Ahad. Nampaknya ramai yang melangsungkan perkhawinan pada hari ini. Moga mereka bahagia. Bagi yang single kena teruskan berusaha agar bisa menemui seseorang yang serasi dihati dan dijiwa…InsyaAllah. Kena sentiasa harapkan suatu kebahagian dalam kehidupan kita sebagai anak Adam dan hamba kepadaNya Yang Maha Esa.
Dikesempatan ini juga aku, dan dua orang adik perempuan aku ronda2 di bandaraya Kota Kinabalu. Penat tapi berbaloi sebabnya dengan cara ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia ada. Aku sedar satu perkara, nyawa manusia ni terlalu “fragile” sifatnya. Esok atau lusa kita tak pasti akan dapat bersama lagi. Dikesempatan ni aku ambil keputusan untuk memaafkan semua perkara dan tak ingin berkira dalam kehidupan ini. Tak kiralah siapa yang benar atau salah. Namun sebagai manusia biasa selagi kita hidup kita tak lekang dari sifat2 syaitan ataupun sifat kebinatangan, kata lebih tepatnya adakalanya terkeluar juga tanduk invisible kan.,.., he.he.he. pandai2lah kita memujuk dan mengawal hati dan perasaan sendiri. Berdoa selalu agar terhindar daripada sikap yang negatif. InsyaAllah.
Ronda punya ronda dari pasar tamu kota kinabalu sampai lah ke CP, KK plaza, Wisma merdeka dan menjamu makan tengahari kat Pasar besar Kota Kinabalu. Penat "window shopping" hingga sakit tumit kaki dibuatnya. Ramai jugak pengunjung dari pelbagai lapisan keturunan dan juga pelancong luar Negara. Kereta takda, baru lessen L yang akupun tak tahu bila lah nak testnya. Biarkan…biarkan berlalu. Tak mau fakir sangat perkara yang berada diluar kawalan sekarang ni…apa boleh buat just continue renewal the licence. Lepas ronda pasar minggu menyinggah di dataran Deasoka melihat pencarian bakat suara oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian. Syoknya tengok, terimbau kenangan pada seseorang. Hanya tersenyum sendiri memikirkan imbauan karenah masa lalu. Moga hidupnya bahagia. Hanya harapan kebaikan sahaja mampu dilepaskan ke Udara persekitaran lalu dikirimkan melalu angin lalu….. moga angin bisa membisikkan harapan kebaikan itu padanya. InsyaAllah.
Sebelah petang lepak sekejap di CP melihat seisi karaoke yang dibuka kepada orang ramai anjuran Celcom Blue. Bila berbicara pasal lagu mahupun nyayian memang akan teringat sikawan….He…he..he… apapun wajahnya segera hilang diruangan mata…..betapa indahnya kenangan itu…perasaan admire yang wujud keatas seseorang ataupun katassesuatu amat sukar diungkapkan dengan kata2.……Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.