Rabu, 28 April 2010

Limpahan Minyak Mentah Kelapa Sawit (CPO)

25/04/2010 – lebih kurang pada jam 9.45am, satu limpahan minyak mentah kelapa sawit terjadi di kilang penapisan dimana aku bekerja. Ianya berlaku sekelip mata. Aku diberitahu kemungkinan ianya disebabkan ada valve ataupun injap yang lupa ditutup ataupun dibuka. Limpahan tuh turut diiringi dengan sedikit wap/asap.
Perkara paling lucu apabila aku ngan rakan sekerja daripada bahagian keselamatan dan kesihatan, tidak perasaan yang perkara tersebut sebenarnya sesuatu yang agak membahayakan. Pada mulanya rakan sekerja aku melihatnya melimpah dan berkata padaku bahawa aliran limpahan itu cantik dengan warna keemasan seakan aliran air terjun kot. So aku pun tertarik untuk melihat perkara yang dia maksudkan. Aku tetiba tertanya2, begitukah minyak tuh mengalir tanpa memikirkan ianya memang tumpahan yang bukan sepatutnya. Nasib baiklah ianya tak banyak dan tak melibatkan kemalangan nyawa. Kami tersedar apabila Pegawai Keselamatan dan kesihatan terpanggil dengan perkara yang kami maksudkan tuh dan secara tergesa2 dia cuba memeriksa apa yang berlaku. Maka sibuklah manager dan jurutera2 yang terbabit cuba untuk mengenalpasti perkara itu. So hakikatnya, memang ia tumpahan yang bukan sepatutnya. Kesimpulannya terlalu banyak perkara yang akan terjadi diluar jangkauan pemikiran kita.