Ramai sungguh orang kat Bandar Sandakan. Semalam cuti hari pekerja 2010. Ramai ambik kesempatan untuk membawa keluarga berjalan2 ataupun membeli belah. Tidak seperti pasar minggu sebelum ni, hari ni ramai sangat. Mungkin disebabkan ramai yang telah rehat semalam dan mengambil inisiatif untuk keluar melapangkan dada.
Pasar minggu Sandakan ni di adakan pada setiap hari Ahad sebelah pagi. Lokasinya mudah sahaja ditemui kalau dah pergi pusat bandar, berada kat Jalan Dua. Booth ataupun gerai yang paling menarik minat aku adalah gerai menjual pokok bunga dan melihat haiwan peliharaan. Melihat pokok ataupun tumbuhan yang ada bunga pelbagai warna dan bentuk. melihat telatah anak2 anjing, anak2 itik, ayam dan juga hamster. So cute. Turut dipamerkan beraneka jenis ikan dan burung.
Tidak ketinggalan beraneka jenis juadah. Tapi selalunya aku akan membeli buah sahaja. kalau bukan nenas, jambu ataupun mangga. So pada waktu2 begini, ambil inisiatif window shopping sahaja. Sambil melihat ragam dan gelagat pengunjung pasar minggu ni.
catatan @ 03/05/2010