Rabu, 28 April 2010

Tukar nama Syarikat




Petang Semalam, aku dapat tahu pasal boiler kilang tempat aku kerja ni selalu trip dan ada masalah overheated. Biasalah, pasang telinga apabila engineer berbincang dan bertanya pada mereka berkaitan apa yang tidak faham. Office pun kat dalam kilang penapisan. kena jugak sentiasa mengikuti perkembangan apatah lagi jika ianya melibatkan keselamatan. who knows right??? sediakan payung dong sebelum hujan. Perkara ni agak kritikal dan bahaya dan kalau kurang pemantauan dari segi setting ia boleh meletup. Simpang Malaikat 44. Moga kejadian buruk tak berlaku disini. Tak tahu plak faktor penyebab masalah tuh. Hopefully the engineers can trace the problem and fix it ASAP. Masa kilang beroperasi tak sampai seminggu begini, banyak pula masalah timbul. Sebenarnya agak lama jugak kilang tak operasi sejak awal bulan march lalu. Moga kejadian BOILER meletup November tahun lalu di satu kilang di Sandakan takkan berulang kembali.

Actually selama beberapa hari ni, sibuk sikit mengubah nama syarikat ke satu nama baru kat semua fail2 yang ada. Namun menyempatkan diri untuk cek email. Baru dua minggu lepas memorandum pekeliling penukaran nama tersebut diedarkan. Masa balik kelmarin cuaca gelap diluar. Masa tunggu ni, sempat jadi model cum photographer tak bertauliah. Iyealah ambil gambar kenangan untuk diabadikan dalam blog ni...