Selamat hari guru kepada semua guru2 didunia ini. Khasnya buat Che Ros, Cikgu Faulana, Cikgu Masita, Cikgu Siti Rohaida, cikgu Zul, Cikgu Azmi……..di hari guru ni secara kebetulannya terimbau wajah2 para Guru yang pernah mengajar selama bertahun2 di alam persekolahan seperti cikgu Jamilah, cikgu Dayang, cikgu Dana, Cikgu Gangga, Cikgu Din, cikgu Mustajab, Ustaz Rahim, Cikgu Chong Fah San, cikgu Wan, cikgu raja dan ramai lagi…..
Automatisnya teringat memory zaman persekolahan yang mana memang memori tuh dah terlalu lama tertinggal kebelakang tapi seakan masih segar dalam ingatan. Istimewanya cikgu Jamilah Hj Abu (Org Melaka), orangnya kecil molek, comel loteh. Guru kelas semasa darjah 4 (1997). Tak pernah marah denganku walaupun aku buat salah. Perhatian dan bimbingannya dikala itu amat2 bermakna dan wajahnya tak pernah luput dalam ingatan ini. Terima kasih cikgu….
Buat cikgu Dana. Pernah mengajar sewaktu di darjah 6 (1989). Cikgu ni pernah meninggalkan persoalan2 dengan sikapnya padaku dikala itu. Memang sikapnya meninggalkan suatu kesan mendalam dihati. Entah dimana silapnya, ada sahaja perkara yang membuatnya sangsi. Walau bagaimanapun, dalam dunia ni memang nyatanya kita akan dipertemukan dengan pelbagai ragam manusia. Aku mengakui kebenaran itu sekarang. Ceritanya begini, pernah suatu ketika dia Tanya aku mengapa aku boleh dapat markah yang agak baik dalam ujian alam dan manusia. Dia kata aku menipu ke?? Direct to the point dia Tanya aku begitu. Tanpa sepatah aku hanya diam dan melihatnya sahaja dengan wajah polos dan naïve tanpa ada pemikiran negative terhadap cikgu tersebut.
Peristiwa seterusnya apabila dia melihat aku berada dalam kelas pilihan. Sekali lagi dia menyatakan rasa kehairanannya melihat aku berada dalam kelas tersebut. Aku seperti biasa diam seribu bahasa. Pernah juga dia mengatakan aku meniru dalam ujian bahasa inggeris tajuk “article”. Entahlah apa dalam kepala hotak dia masa tuh. Tapi mungkin dalam ketidaksedaran aku masa tuh dia memberi perhatian kepada semua anak muridnya kot termasuk aku……..masa perhimpunan terakhir semasa hujung tahun dia menghampiri, memanggil namaku sekali membuatkan aku menoleh padanya dan kulihat dia tersenyum padaku. Tidak seperti kebiasaannya aku akan diam dan memandangnya tapi kini diikuti sebuah senyuman kerna aku lihat seakan ada keikhlasan dibalik senyuman tersebut. Sekuntum senyuman ikhlas seorang murid yang naïve terhadap seorang guru……saat ini aku memikirkan itu mungkin contoh pengertian dan perhatian seorang guru terhadap murid….hakikatnya aku tak pernah membencinya. Sekalung budi buatmu, cikgu. Teringat pula cerpen bertajuk kerna sebatang pensil..yang aku dah tak ingat hasil kaya penulis mana.
Masa form 5, bertemu dengan seorang cikgu yang mendebarkan….jangan salah sangka bukan akibat jatuh hati yea!! Asal sahaja cikgu ni masuk kelas ada2 sahaja murid yang akan kena denda. Jantung dub-dab2X. Mendengar bunyi derap kasutnya, kelas akan diam seribu bahasa seolah malaikat lalu. Setiap kelasnya aka nada sahaja mangsa kena Tanya soalan dan hari tuh tak terlepas member sebelah aku che Ros. Member ni tak dapat jawab soalan dalam sela masa yang diberikan dan membuatkan aku tersenyum dan tertangkap. Tapi aku ni memang jenis yang suka senyum.” Hah, apa senyum2 naik atas meja…”, akupun naiklah atas meja. Yang peliknya aku tak rasa apapun. Malah hamper nak ketawa tapi tertahan-tahan ni. Rasa seronok plak dapat naik atas kerusi dan melihat kelas lain. Al-maklumlah kelas masa tuh berada di tingkat tiga…..seingat aku member aku ni pun kena naik atas kerusi jugak. He..he..he…. peristiwa ni bukan aku sahaja yang ingat rupanya member aku turut mengingatinya dengan jelas. Fikir2 cikgu ni seakan ada aura. Tak garang malah ada muka yang seakan senyum2 jah. Tapi huhh berkarisma kot. Anyway thanks to be my teacher.
Betapa indahnya memori persekolahan. Walaupun pernah kena denda sekelas jalan keretapi, kena jemur diluar kelas semasa tingkatan satu, lompat katak, ponteng subject, kena kejar oleh guru sebab suka balik awal….semua itu manis dalam kenangan. Takku sangka rupanya aku nakal jugak masa tuh walaupun dalam kategori murid yang pendiam……