Ahad, 30 Mei 2010

penyakit sawan

Pagi2 lagi aku migrasi ke KK dari Sandakan. Tepat kul 1.00pm sampai terminal Inanam. Tunggu kejap before my friend came to pick me up. Sampai jah kat kediaman, tertidur sebab letih. Thanks God tak mabuk walaupun rasa menderita sangat2 dengan perjalanan sejauh 6 jam itu.

Malamnya at about 7.00pm pergi inanam shopping barang keperluan sedikit di sebuah pasaraya. Tetiba sahaja aku dikejutkan oleh suara terkejut dan menangis seorang budak perempuan. Aku menoleh dan mendapati seorang lelaki rebah kekejangan membuatkan budak tuh terkejut beruk…rupanya lelaki tersebut diserang sawan. Inilah kali pertama didepan mataku melihat seseorang diserang sawan. Apabila melihat takda seorangpun bertindak menolong tapi hanya diam terpaku memandang tetiba sahaja aku menjerit menatakan ada orang kena serang sawan dengan harapan akan ada orang datang memberi bantuan.

Tak lama selepas itu datang beberapa orang kakitangan pasaraya tersebut menolong rakan sekerja mereka yang diserang sawan tuh. Tapi tiada apa2 mereka lakukan. Menurut mereka, tiada apa yang boleh dilakukankerana ianya akan normal seperti sediakala selepas beberapa ketika. Akupun berlalu pergi…..dan tak tahu berapa lama serangan sawan tuh berlarutan…..tuh lah bah hidup ni penuh kejutan….

Seingat aku sepanjang pengetahuan aku serangan sawan ni hanya melibatkan lelaki sahaja. Entah betul atau tidak pemikiran aku ni. Allahu alam. Tapi aku tak pernah dengar perempuan diserang sawan. Iyea ke?? Maybe perempuan hanya bertindak sebagai pembawa seperti mana penyakit genetic yang lain. Manakala lelaki akan menjadi pengidap…..please correct me if anyone of you out there knew the better fact.

Satu perkara lagi, penderita sawan pantang minum kopi ataupun yang seangkatan/sejenis dengannya.asal mereka terminum mereka akan diserang sawan. Entahlah!!! Akupun tak tahu kebenarannya.

@KOLOMBONG