“LELAKI INI YANG TERLALU MENYINTAIMU…..”
Lelaki itu seorang ayah yang pemurah terhadap anak2nya dan keluarga. Pemurah dari semua segi terutamanya kasih sayang. Caring dan sanggup berkorban demi anak2nya.
Suatu ketika, aku menaiki bas dari Sandakan ke Kota Kinabalu yang jaraknya lebih kurang 400KM. Sepanjang perjalanan ini aku tertarik dengan perihal lelaki itu seorang ayah bersama dua orang anak perempuan kecilnya. Sikap caring yag dimiliknya terhadap anak2nya membuatkan aku jatuh hati pandang pertama terhadap lelaki ini.Alangkah bertuahnya perempuan yang memiliki lelaki itu. Anak2 itu tidur dengan lena dipangkuan tangan dan riba si ayah. Lelaki itu menjaga kedua2 anak gadis kecilnya itu dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Sanggup berkorban demi anak2 tercinta…hatiku berdetak detik memikirkannya. Ianya seakan satu pemandangan lukisan indah yang tak dapat digambarkan dengan kata2…tak ternilai.
Tetiba sahaja aku tersentak dengan kehadiran konduktor bas yang memeriksa tiket lelaki itu dengan anak2nya, dan memberitahu katanya lain kali tak perlu membelikan tiket tuk anak2nya tuh memandangkan sekarang bukan masa perayaan…dengan tersenyum lelaki itu menjawab takpahlah…..dan aku mengerti dia tak mau menyusahkan anak2 itu…….alahai…nasib baiklah dia dah berpunya….so nampaknya aku dah takda peluang lagi kot…he…he…orang kata, lelaki yang baik memang sudah dipunyai...... melihatkan sikap anak2nya juga aku berfikir sendiri….comel dan tak banyak karenah. Kadangkala sikap anak2 nih merupakan cerminan sikap kedua ibubapa…..entahlah…iyea kot.
Walaupun lelaki itu turun dipertengahan perjalanan namun ianya masih jelas dalam ruangan pemikiranku hingga ke saat ini. Harapnya aku akan bisa bertemu insan penyayang seperti itu…..InsyaAllah.