My chaos time….
Coretan khayalan…..
Cuma sketsa……(I)
Kota Kinabalu…Mei, 1998
Sedang aku meneliti senarai kursus minor yang ditawarkan tuh, hampir semuanya dah penuh. Camna ni….yang ada tarian, selama ni aku tak pernah menari badan pun keras macam robot. Argggg…tiba2 mataku terpaku pada kawan aku…..hati sedikit berbunga.
“wei nani…ko ambik apa dalam kursus minor semester ni…”. Tanyaku bertalu2 padanya
“Tak tahu lagi tapi semuanya macam dah penuh..apa kata kita masuk jah kelab seni tari tuh…ok tak???” balasnya seakan bisa memahami apa yang tertanam dibenakku masa tuh.
“Oklah tapi nani aku tak reti langsung menari ni….., nanti akhir semester kena tau melibatkan diri dalam persembahan aprisiasi seni…kalut aku nanti..”, aku manyatakan ketidakyakinan aku dalam hal tersebut.
“Lah aku ada, jangan risau akupun tak reti menari ni…..lagipun bila lagi nak belajar menari bukannya selalu…..kan…kan”, semangat yang dipancarkan melalui kata2nya melegakan hati aku yang berkecamuk tuh.
“ko nani kalau pasal hal2 begini no. 1 tau…ok set, nani punya pasal ok green light..no problem”,. Aku tersengih mengiyakan cadangannya yang amat bernas pada masa itu. Almaklumlah semua dah penuh kalau tak ambil, alamak kena hold until the next semester..tak mau aku…
Kami pun medaftarkan diri dalam kursus minor yangditawarkan oleh sekolah kesenian dan persembahan.Pada mulanya, aku risau betul. Umpama kucing nak beranak. Aku ni dalam kategori pemalu jugak. Tapi sebab aku ni type kasar punya orang rasa pemalu tuh terkikis perlahan2 tanpa disedari.
Masa kuliah teori takda masalah…yealah hanya belajar dan mengkaji asal usul sesebuah tarian, sejarahnya…..dan fungsi tarian traditional yang ada dimalaysia. Syok jugak. Tambahan pulak pensyarah dia sporting. Aku perhatikan dalam kesenian ni, satu group tuh memang akan rapat macam adik-beradik. Rasa malu dan segan ibarat berlalu tak terasakan lagi. Ia jugak memupuk semangat keyakinan dalam suatu perkara…yap that’s right. Tak ku sangka aku ni boleh jugak menari…….aku bermonog sendirian.
But, apabila tiba masa belajar menari…alahai, kekok betul. Tension pun ada, aku kalau bab2 belajar kesenian ni lembap betul. Anyam kelongsong ketupat pun aku bengong nikan nak menari….cabaran…heh…he…
Al-kisahnya satu kumpulan telah dibentuk untuk persembahan malam kebudayaan. Aku satu group dengan nani…..thanks God. Nasib baiklah tarian sumazau. Tak banyak step….mulanya tuh maunya aku jadi gila…tapi lama2 aku dah ok. Ala bisa tegal biasa….. Practice makes perfect..walaupun hakikatnya bukannya perfect pun.
Treng-teng2….masa persembahanpun tiba….sambil duduk menunggu giliran persembahan kami, kami duduk dihadapan pentas. Ada suatu perasaan meresapi hati dan jiwaku. Kala itu jugak aku terasa seperti berada diawang2an apabila adanya persembahan band dari budak pelajar minor muzik moden. It’s just like I had been enchanted by the song….seakan masa terhenti apabila aku mendengarkan dendangan seseorang tuh…., alahai…Bisa sungguh penangan sebuah lagu…bisa membuatkan masa seakan terhenti….ibarat ruang masa kala itu milikku…..terpegun ataupun terpaku…..hingga aku tak sedarpun persembahan itu telah sampai kepenghujungnya.
Alkisahnya, persembahan lagu tadi selesai, tak lama lagi giliran kami buat persembahan. Terasa gerun ni. So aku ajak member aku si nani pergi toilet jap. Mungkin sebab darah gemuruh. Selepas keluar dari toilet ada budak2 minor seni moden tadi sedang lepak2. Yealah maybe menghilangkan kelegaan yang tersisa sebab persembahan mereka dah berakhir.
Tak semena2. Dalam kumpulan bebudak tuh kan aku terhenti sejenak. Tiba2 terluah perasaan aku terhadap persembahan nyanyian dia tadi. Seakan aku sedang dibawah pengaruh alam yang luar biasa…. “seronoklah dengar persembahan nyanyian kamu tadi….”, tiba2 sahaja langkah aku terhenti betul2 dihadapannya dan menyatakan apa yang sebenarnya berada difikiran aku dikala itu. Frasa itu selesai dan aku berlalu pergi meninggalkan mereka diikuti oleh member aku si nani tuh. Sampai sekarang ni aku terkenangkan mengapa bisa aku bertindak sebegitu. Tapi aku pasti satu perkara, memang perasaan sebegitu amat indah….once in a blue moon…yea ke tuh??? he..he… hidup 2kan full of suprises.. Tapi sekarang ni aku dah lupa dah lagu tuh lagu apa…mungkin di sebabkan pengaruh masa kot…aku semakin dot…, dot…., dot…., he..he..he…Lagu apa yea????
Kolombong, kk
11 MUHARRAM 1403-17/12/2010