Lucu apabila memperihalkan sikap member sekerja ni. Aku bahasakan dia ni SIPEREMPUAN. Entahlah aku kah yang kejam ataupun salah siapa..i didn’t want to bother my mind think about her. Enough is enough. Sebetulnya, aku dah lama membuang nama perempuan ni dalam kamus ruangan kerja aku sejak hampir dua tahun lepas. Fikir punya fikir bolehnya aku hidup tanpa sikitpun memandang wajahnya dan seolah2 dia tak wujud langsung dalam ruangan hidup aku. Nak katakan kesalahan dia besar, rasanya tak kot, tapi ianya the matter of heart…wait and see. Mungkin ini dugaan Tuhan bagi menguji hambanya. Its only the matter of time. Allah Maha Adil.
Pagi ni aku terdengar daripada beberapa colleque membincangkan pasal ini PEREMPUAN. Wow sejak dua tahun lepas, sikapnya langsung tak berubah malah makin teruk. Aku rasa si PEREMPUAN ni beruntung sebabnya ada sahaja telinga2 yang nak mendengar komen mahupun aduannya pasal rakan sekerja lain. Entahlah apa bah dia dapat dengan berbuat demikian????? Fikir punya fikir aku rasa dia dapat KEPUASAN yang INFINITI kot. Allahu Alam, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu. Akupun dah tak kisah dia nak buek apapun. InsyaAllah esok ataupun lusa aku akan tender resignation letter. Satu kelegaan buatku. Walaupun jauh disudut hati aku sayangkan kerja aku. Rasa sayang ni yelah bukan sehari dua terpupuk. Ianya turut di resapi pelbagai rasa (sedih, marah, tangisan, kekecewaan, kegembiraan, pengalaman, kepuasan, pengetahuan). Selama kat sini aku banyak belajar. Jumpa ngan pelbagai ragam. Aku cuma pelik, mengapa dengan mudah ada setengah2 orang ni kalau nak mengomplain no.1 tak kira dengan sesiapa pun. Yang penting ianya terluah. Kenapa tak cuba cari jalan daripada terusan merungut, and at the end nothing have been changed. Buat penat jah. Buat orang lain makin tambah meluat lagi ada…ALAHAI. Aku teringat kata pepatah "kuman diseberang nampak tapi bangkai gajah depan mata tak nampak". Betullah tuh. Apabila melihat keburukan/keaiban orang lain bukan main lagi dia ligat. Tapi apabila melibatkan keburukan/keaiban diri sendiri tak pula dia perasaan. So, sebelum nak mengomplain tuh pastikan diri tuh AGAK perfect…. Ataupun jenis yang AGAK mengikut peraturan. Jangan main separuh2 sahaja.
Aku sedar, hidup ni sementara. Hidup ni umpama pentas. Pelakun silih berganti. Kita akan sentiasa berjumpa dengan pelbagai orang. Hakikatnya bukan selamanya kita sentiasa kan bersama. Kenapa tidak kita menghargai insan yang ada disekeliling kita. Kalau tidak menghargai mereka pun at least show that anda layak untuk dipercayai. BTW, jangan leka kita juga manusia sentiasa melakukan khilaf. Amatlah bertuah jika ada seseorang disisi (kawan ke, keluarga ataupun sesiapa saja) yang mampu untuk menegur ataupun memberi kritikan. Mereka ibarat cermin bagi kita. Retak cermin tuh retaklah peribadi......
Berbicara pasal sombong dan angkuh, artikel yang terdapat di link berikut best untuk halwa minda.
http://dengantenang.blogspot.com/2010/04/sombong-bukan-milik-kita.html