Rabu, 28 April 2010

Laluan B ujian memandu

Alahai, terbeban jugak minda dan perasaan apabila memikirkan pasal test QTI mahupun JPJ. Entahlah bila nak kasi confirm tarikh ujian tuh. Ikutkan rasa memang entah bila masa nak yakin. BTW, Cuma tawakkal sahaja pada Illahi. InsyaAllah masa latihan aku kena laluan B. Hopefully masa test pun begitu jugak. Arg… bila nak test ni!!!! Kejap rasa yakin, sekejap plak lain jadinya.

NOTA OLAHGERAK (LALUAN B – GPBSB)

- Seat
- Mirror (Back and Side)
- Seat belt *** Kesalahan kritikan apabila terlupa memakainya.
- Hidupkan enjin – wiper (air, kelajuan wiper(perlahan, kadang2 & laju)) & Lampu (Isyarat –kiri & kanan), emergency and others light, honSebelum memulakan perjalanan, pastikan hand brake dalam keadaan diturunkan dan gear dalam keadaan bebas

1. Tekan clutch habis, masuk G1. Lepaskan clutch perlahan-lahan dan tahan apabila 60% lepas. Kereta akan bergerak. Isyarat kekiri. Kawal steering, break dan clutch habis. Pastikan berhenti sebelum garisan putih. Tarik hand break.


2. Pastikan jalan kiri dan kanan clear. Turunkan hand break. Lepaskan clutch perlahan2 dan tahan. Kawal steering.

3. Tekan oil sedikit, clutch habis dan tukar ke G2. kawal steering. Boleh terus lepaskan clutch.

4. Tekan oil, tekan clutch dan tukar ke G3. Kawal steering. Lepaskan clutch habis.

5. Tekan oil, tekan clutch dan tukar ke G4. Kawal steering. Lepaskan clutch habis.



6. Sampai kat rumah cat warna biru di kiri jalan, tukar G3.

7. ROUND ABOUT (1) : Semasa menghampiri papan tanda kuning “bulatan dihadapan”, bagi isyarat ke kiri. Tukar ke G2 apabila menghampiri papan tanda biru. Perlahankan kenderaan dan pastikan kenderaan yang datang dari arah kanan. Kawal steering.

8. Tukar ke G3/G4 - tekan habis clutch, tukar gear yang dikehendaki dan lepaskan clutch.

9. ROUNDABOUT (2) : signal kekiri selepas sahaja melewati persimpangan jalan kecil di kiri. Tekan habis clutch dan tukar ke G2. Tekan oil sikit kerana roundabout ni sedikit berbukit. Kawal steering. Perhatikan kenderaan dari arah kanan.


10. Tukar Gear – tekan habis clutch dan tukar G3. Perlahankan kenderaan di kawasan menuruni bukit dan juga kawasan sekolah, dengan cara break perlahan2.

11. SIMPANG MASUK KEKIRI : Isyarat ke kiri apabila menghampiri papan tanda warna biru. Tukar G2. Masuk lorong dan kawal steering. Isyarat akan mati sendiri apabila steering dipusing lebih daripada separuh.

12. LORONG KEKANAN : Isyarat ke Kanan. Lihat cermin sisi kanan. Perhatikan kenderaan yang ada dibelakang. Jalan clear? – masuk lorong perlahan2 dan kawal steering. Tekan oil sedikit kerana kenderaan pada masa ni akan menaiki bukit. Matikan Isyarat

13. Apabila melalui apartment- tukar ke G2.
14. Beri Isyarat ke kiri apabila melalui pondok menjual sayur.
15. Tukar ke G2 sebelum membelok kekiri. Kawal steering.
16. Apabila melalui perumahan apartment- tukar ke G2.
17. Beri Isyarat ke kiri apabila melalui pondok menjual sayur.
18. Tukar ke G2 sebelum membelok kekiri. Belok kekiri dan kawal steering. Isyarat akan berhenti sendiri apabila kenderaan membelok.
19. Tukar Ke G3. Kawal steering.


20. ROUND ABAOUT (3) :Tukar ke G2 – tekan habis clutch dan tukar ke G2. Tak payah signal. Perhatikan kenderaan dari arah kanan. Kawal steering

21. Tukar Gear – tekan habis clutch dan tukar G3. Boleh gunakan G3/G4. kat jalan ni.

22. Menghampiri GPBSB- Tukarkan ke G3 dan signal ke kiri. Kawal steering.

23. Tukar ke G2 selepas signaldan masuk ke kiri perlahan2. sentiasa ikut lorong.

24. Masa kat dalam litar ni, tukar ke G1 dan akan melalui satu roundabout kecil. Belok kekanan bulatan dan parking perlahan2. kawal steering dan parking kenderaan dengan mengisi lorong belah kanan dahulu.

25. Jangan lupa bebaskan gear dan tarik hand break.


Tarian pena @ 27/04/2010