Isnin, 3 Mei 2010

So Sweet

Dah agak lama jugak aku tak ikut keluar dengan rakan sekerja lain yang ada urusan kat luar pejabat. Almaklum lah sekarang ni hujung bulan dan esok cuti umum hari pekerja, member daripada bahagian HR ada urusan nak ambik cash tuk bayar gaji employee. Manakala gaji melalui bank dah masuk sejak semalam lagi. Awal plak gaji. Harapan aku dan juga pekerja lain agar gaji pada waktu2 sebegini memanglah dinantikan. Bah kata orang kampung ontime.Tapi kedangkala ianya tak dapat dielakkan kot. Aku keluar ni, ingatkan nak jumpa doktor tapi tak jadi, so ikut masuk semula ke dalam kilang.

Masa sampai kat Sandakan Town hujan mencurah2. Terpaksalah siggah kat Menara MPS tuk memasukkan barang yang ada kat bucket agar tak basah. Aku dah tak ingat dah, last time aku ikut keluar dalam tahun lalu kot. Masa tuh, taubat aku tak mau ikut sebab terlalu lama buat urusan itu dan ini. Nipun keluar ni sebab sedikit terpaksa. Sebenarnya aku dah kena tinggal. Mereka dah keluar dah. Tapi ada member sekerja ni beritahu aku yang mereka dah keluar. First tuh called driver dan mulalah aku batrep ni. Pas jah aku bercakap aku terus diam. Hah, aku memang betul2 marah kalau aku diam…..so the driver tak jauh sangat masa aku call ni. Sampai hati mereka melupakan aku. So dia masuk semula ambik aku. Thanks to our driver..sekalung bunga he..he. Masa nampak kenderaan ni, aku pelik sendiri, dalam keadaan marah tuh aku dehh bisa tersenyum. Aku ni kalau marah cepat cool off tau….alahai pelik sungguh punya perangai.

Dah lama tak chit chatting ngan member sekerja dari bahagian lain. Terimbau masa dulu, dimana kakitangan semuanya dalam satu office yang sama dan kalau ada apa2 event kebanyakannya bersatu hati. Tapi itu cerita dulu2. Sekarang ni office pun tak sama walaupun kerja dalam satu kilang. Rupanya ada perkara dalam kehidupan manusia ni yang mengambil masa yang lama untuk terungkai. Kita serahkan semua itu dalam perhitungan Illahi. Ada hikmah keatas suatu kejadian.

Perkara paling seronok apabila singgah kat satu premis kenalan salah sorang member yang ada bersama kala keluar tuh, dia bagi bunga ros. First tuh dia hanya bawa sekuntum dan apabila menyedari ada dua orang lagi gals dalam kenderaan kami tuh, dia masuk semula dan membawa dua kuntum bunga lagi lalu diberikan pada kami. So sweet. Senang hati apabila melihat kuntuman bunga tuh. So member dari HR pilih kaler peach, dari Account Dept ambil kaler putih dan aku ambik kaler pink. Patutpun dalam tradisi/budaya orang putih, mereka akan bagi bunga tatkala melawat rakan ataupun kenalan sebagai tanda penghargaan. Sejuk mata memandang. Tenang dan damai hati terasa. Tuh dia penangan aura/gelombang yang tercipta dek sekuntum bunga