lelaki semuanya akan maksudkan apa yang mereka perkatakan tak kiralah mengenai apapun walaupun dalam nada bercanda. So, beware. Walaupun siapa mereka, jangan sekalipun menjadikan maruahmu sebagai cagarannya…jangan sesekali….nanti menyesal seumur hidupmu….
Seorang kawan pernah bercerita padaku berkenaan kenalan internetnya….Lelaki itu….mereka berkenalan diruangan maya…kiranya kenal hampir setahun jugak sebelum memutuskan untuk bertemunya. Ingatkan ada kesempatan bertemu keluarga silelaki itu…..tapi lain jadinya. Mereka tidur sebilik…..tapi sikawan ni sedaya upaya cuba mempertahankan maruahnya. Syukur kehadrat Illahi kerana katanya dlm dua malam bersama lelaki itu, walaupun lelaki itu cuba pelbagai cara, mujurlah kejadian buruk tak berlaku, sebab dalam proses penolakan itu, lelaki itu mungkin boleh bertindak diluar kawalan seperti merogol ke??? Siapa tahu..iyea kan??? Anyway si kawan ni pun dah berkeluarga dah bersama insan tersayang dan dikurniakan cahaya mata dan dah melupakan hal itu, kerana yang penting katanya dia selamat dan itu pengajaran agar jangan sekali mempercayai lelaki yang tidak diketahui latar belakang dan personalitinya. Tapi yang melucukan katanya sepanjang dua malam bersama dia memang tak tidur ataupun berpura2 tidur…….hanya semata2 menjaga dirinya dari ternoda oleh insan yang bukan bergelar suami……kepada kawan aku tuh…..i am glad the bad things didn’t happen at the time and sempena tahun baru akan datang moga dirimu dilimpahi kesejahteraan bersama orang tersayang. The best things, si kawan ni ambik keputusan untuk terus melupakan semuanya. tak pernah lagi menghubunginya and memblog semua nombor yang berkaitan dengannya. Bah kata Lirik Lagu Slam...TAK MUNGKIN BERPALING LAGI dan lirik lagu Izlyn...HAI2, BYE2. Sedikit funny mendengar kisah ni pada mulanya.....tapi itu NYATA akibat rentetan yang wujud daripada persekitaran MAYA. Allahu Alam Bissawab.
Daripada apa yang berlaku, dalam persekitaran maya semuanya berisiko. Kena kenali dulu latar belakang seseorang dalam berkawan. Kawan lelaki mahupun perempuan. Fikir panjang apabila melibatkan maruah keluarga.......Fikir2 kanlah