Selama beberapa hari kat kolombong boleh dikatakan hampir setiap hari hujan lebat disebelah petang. Ada suatu perkara yang menarik kotak fikiran ini seakan digoncang2kan apabila melihat beberapa karenah budak2 mandi dikolam takungan. Apakah ibubapa mereka tak pernah melarang ataupun mengetahui aktiviti anak2 mereka. Lagipipun amat bahaya mainair dalam keadaan hujan begitu lebat. So, persoalan itu hilang apabila pergi kk untuk bank-in cheque dalam pukul 3.30pm. terperangkap dalam jam. Biasalah asal hujan mesti jam. Lebih kurang sejam dalam kesesakan lalu lintas, akhirnya sampai juga ke kedai/office. Thanks God.
Tiba sahaja, dikejutkan dengan perkhabaran ada sorang budak lelaki lemas lebih kurang 15 minit kami keluar tadi. Dalam kul 4.00 pm. Rupanya masa kami keluar tuh aku terperasaan ada seorang perempuan meninjau2 kawasan itu bersama beberapa budak. Rupanya masa kami keluar tuh mereka dah perasaan budak tenggelam. Aku diberitahu, ayah budak tuh beberapa kali menyelam agak lama jugak baru jumpa budak tuh. Tapi semuanya dah terlewat. Budak tuh dak tak bernafas. Tuhan lebih menyayanginya. Moga rohnya dicucuri rahmat.
Cerita pasal hujan begini teringat masa kecil2 dulu. Mesti kena marah kalau main hujan. Apataknya asal kena hujan mesti demam beberapa hari dan terpaksa Abah bawa pergi klinik. Betapa murninya kasih seorang Ayah. Pun begitu, abah mesti cari anak2nya kalau tak kelihatan dan tak senang duduknya kalau belum jumpa.
Peranan ibubapa amat perlu. Kawalan mahupun ingatan terhadap anak2 mesti sentiasa dalam fikiran. Tak kiralah anak2 itu masih kecil ataupun telah dewasa. Asal tak Nampak kena ambik tahu pasal mereka. Jangan baru timbul perkara tak elok melibatkan anak2 baru tersedar. Semua itu dah takda maknanya. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Ataupun jangan sesudah nasi menjadi bubur. Marilah kita sama2 fikirkannya…