Actually selama beberapa hari ni, sibuk sikit mengubah nama syarikat ke satu nama baru kat semua fail2 yang ada. Namun menyempatkan diri untuk cek email. Baru dua minggu lepas memorandum pekeliling penukaran nama tersebut diedarkan. Masa balik kelmarin cuaca gelap diluar. Masa tunggu ni, sempat jadi model cum photographer tak bertauliah. Iyealah ambil gambar kenangan untuk diabadikan dalam blog ni...
" Baik Buruk hati seseorang insan hanya Tuhan sahaja yang tahu.......so biarkan mereka dengan cara mereka...!!!"
Rabu, 28 April 2010
Tukar nama Syarikat
Actually selama beberapa hari ni, sibuk sikit mengubah nama syarikat ke satu nama baru kat semua fail2 yang ada. Namun menyempatkan diri untuk cek email. Baru dua minggu lepas memorandum pekeliling penukaran nama tersebut diedarkan. Masa balik kelmarin cuaca gelap diluar. Masa tunggu ni, sempat jadi model cum photographer tak bertauliah. Iyealah ambil gambar kenangan untuk diabadikan dalam blog ni...
Limpahan Minyak Mentah Kelapa Sawit (CPO)
25/04/2010 – lebih kurang pada jam 9.45am, satu limpahan minyak mentah kelapa sawit terjadi di kilang penapisan dimana aku bekerja. Ianya berlaku sekelip mata. Aku diberitahu kemungkinan ianya disebabkan ada valve ataupun injap yang lupa ditutup ataupun dibuka. Limpahan tuh turut diiringi dengan sedikit wap/asap.
Perkara paling lucu apabila aku ngan rakan sekerja daripada bahagian keselamatan dan kesihatan, tidak perasaan yang perkara tersebut sebenarnya sesuatu yang agak membahayakan. Pada mulanya rakan sekerja aku melihatnya melimpah dan berkata padaku bahawa aliran limpahan itu cantik dengan warna keemasan seakan aliran air terjun kot. So aku pun tertarik untuk melihat perkara yang dia maksudkan. Aku tetiba tertanya2, begitukah minyak tuh mengalir tanpa memikirkan ianya memang tumpahan yang bukan sepatutnya. Nasib baiklah ianya tak banyak dan tak melibatkan kemalangan nyawa. Kami tersedar apabila Pegawai Keselamatan dan kesihatan terpanggil dengan perkara yang kami maksudkan tuh dan secara tergesa2 dia cuba memeriksa apa yang berlaku. Maka sibuklah manager dan jurutera2 yang terbabit cuba untuk mengenalpasti perkara itu. So hakikatnya, memang ia tumpahan yang bukan sepatutnya. Kesimpulannya terlalu banyak perkara yang akan terjadi diluar jangkauan pemikiran kita.
Laluan B ujian memandu
NOTA OLAHGERAK (LALUAN B – GPBSB)
- Seat
- Mirror (Back and Side)
- Seat belt *** Kesalahan kritikan apabila terlupa memakainya.
- Hidupkan enjin – wiper (air, kelajuan wiper(perlahan, kadang2 & laju)) & Lampu (Isyarat –kiri & kanan), emergency and others light, honSebelum memulakan perjalanan, pastikan hand brake dalam keadaan diturunkan dan gear dalam keadaan bebas
1. Tekan clutch habis, masuk G1. Lepaskan clutch perlahan-lahan dan tahan apabila 60% lepas. Kereta akan bergerak. Isyarat kekiri. Kawal steering, break dan clutch habis. Pastikan berhenti sebelum garisan putih. Tarik hand break.
2. Pastikan jalan kiri dan kanan clear. Turunkan hand break. Lepaskan clutch perlahan2 dan tahan. Kawal steering.
3. Tekan oil sedikit, clutch habis dan tukar ke G2. kawal steering. Boleh terus lepaskan clutch.
4. Tekan oil, tekan clutch dan tukar ke G3. Kawal steering. Lepaskan clutch habis.
5. Tekan oil, tekan clutch dan tukar ke G4. Kawal steering. Lepaskan clutch habis.
6. Sampai kat rumah cat warna biru di kiri jalan, tukar G3.
7. ROUND ABOUT (1) : Semasa menghampiri papan tanda kuning “bulatan dihadapan”, bagi isyarat ke kiri. Tukar ke G2 apabila menghampiri papan tanda biru. Perlahankan kenderaan dan pastikan kenderaan yang datang dari arah kanan. Kawal steering.
8. Tukar ke G3/G4 - tekan habis clutch, tukar gear yang dikehendaki dan lepaskan clutch.
9. ROUNDABOUT (2) : signal kekiri selepas sahaja melewati persimpangan jalan kecil di kiri. Tekan habis clutch dan tukar ke G2. Tekan oil sikit kerana roundabout ni sedikit berbukit. Kawal steering. Perhatikan kenderaan dari arah kanan.
10. Tukar Gear – tekan habis clutch dan tukar G3. Perlahankan kenderaan di kawasan menuruni bukit dan juga kawasan sekolah, dengan cara break perlahan2.
11. SIMPANG MASUK KEKIRI : Isyarat ke kiri apabila menghampiri papan tanda warna biru. Tukar G2. Masuk lorong dan kawal steering. Isyarat akan mati sendiri apabila steering dipusing lebih daripada separuh.
12. LORONG KEKANAN : Isyarat ke Kanan. Lihat cermin sisi kanan. Perhatikan kenderaan yang ada dibelakang. Jalan clear? – masuk lorong perlahan2 dan kawal steering. Tekan oil sedikit kerana kenderaan pada masa ni akan menaiki bukit. Matikan Isyarat
13. Apabila melalui apartment- tukar ke G2.
14. Beri Isyarat ke kiri apabila melalui pondok menjual sayur.
15. Tukar ke G2 sebelum membelok kekiri. Kawal steering.
16. Apabila melalui perumahan apartment- tukar ke G2.
17. Beri Isyarat ke kiri apabila melalui pondok menjual sayur.
18. Tukar ke G2 sebelum membelok kekiri. Belok kekiri dan kawal steering. Isyarat akan berhenti sendiri apabila kenderaan membelok.
19. Tukar Ke G3. Kawal steering.
20. ROUND ABAOUT (3) :Tukar ke G2 – tekan habis clutch dan tukar ke G2. Tak payah signal. Perhatikan kenderaan dari arah kanan. Kawal steering
21. Tukar Gear – tekan habis clutch dan tukar G3. Boleh gunakan G3/G4. kat jalan ni.
22. Menghampiri GPBSB- Tukarkan ke G3 dan signal ke kiri. Kawal steering.
23. Tukar ke G2 selepas signaldan masuk ke kiri perlahan2. sentiasa ikut lorong.
24. Masa kat dalam litar ni, tukar ke G1 dan akan melalui satu roundabout kecil. Belok kekanan bulatan dan parking perlahan2. kawal steering dan parking kenderaan dengan mengisi lorong belah kanan dahulu.
25. Jangan lupa bebaskan gear dan tarik hand break.
Tarian pena @ 27/04/2010
Khamis, 22 April 2010
Tiga Penjuru (3 point)
1. Berhenti sebelum garisan putih. Tunggu giliran.
2. Move on guna G1. Sebelum sampai kekedudukan tiang ketiga pusing steering kekanan habis (Kereta akan bergerak ke kanan) dan berhenti sebelum melanggar tiang.
3. Reverse ke kiri guna gear reverse. Pusing steering kekiri dan reverse perlahan-lahan. Berhenti sebelum melanggar tiang.
4. Move on kekiri guna Gear 1 – pusing steering kekiri dan keluar daripada litar 3 penjuru.
**** Masa 3 tiga penjuru jangan sesekali lepaskan break kaki semasa tukar gear dan pusing steering. Lepaskan break hanya apabila hendak menggerakkan kereta kedepan ataupun reverse sahaja.
Tips
***in case terlupa samada dah pusing steering ataupun belum, hanya lihat tayar depan.
***Sentiasa cek hand break diturunkan dan gear dalam keadaan bebas sebelum memulakan/menghidupkan enjin kereta.
Parking
1. Masuk Gear R and reverse your car until nampak tiang pertama di sebelah kiri cermin kecil kereta. Brek kereta.
2. Reverse kereta kekiri – pusing stering ke kiri hingga habis. Reverse kereta hingga nampak 6 tiang sebelah kanan cermin kereta. Break kereta.
3. Luruskan tayar – pusing steering kekanan 2X. Adjust cermin sisi kereta belah kanan hingga nampak tayar belakang. Reverse kereta hingga tayar belakang berada antara garisan kuning putih. Break kereta.
4. Reverse kereta kekanan – pusing steering kekanan hingga habis. Reverse kereta hingga tayar belakang menyentuh garisan trapezium. Break kereta.
5. Move on – Guna Gear 1-pusing steering kereta kekiri sampai habis. Move on perlahan-lahan hingga badan kereta selari dengan garisan kuning putih.
6. Luruskan tayar – pusing steering kekanan 2X dan selaraskan agar cermin sisi kiri kereta selari dengan tiang. Kat sini use common sense asal jangan terlanggar tiang depan.
7. Reverse kereta kekiri – pusing steering kekiri sampai habis guna gear R. Reverse kereta perlahan2 hingga tayar belakang kereta menyentuk garisan trapezium. (sila tengok semula cermin sisi kanan kereta).
8. Move on – guna gear 1, pusing steering kekanan sampai habis. Gerakkan kereta kedepan hingga tiang pertama litar parking selari dengan badan pemandu. Berhenti.
9. Move on kekiri – pusing steering kekiri samapi habis dan gerakkan kereta hingga badan kereta selari dengan garisan kuning. Break.
10. Luruskan tayar – pusing steering ke kanan 2X maju sedikit kedepan sebelum keluar dari parking.
Bagi Step 9 dan 10 – boleh digabungkan. Selepas step 9 boleh terus balas stering sebelum menghentikan kereta.
** tiada penggunaan pedal minyak sama sekali semasa melakukan parking.
**kawal clutch agar kereta bergerak perlahan2.
Jumaat, 16 April 2010
Lelaki itu ayah....
Lelaki itu seorang ayah yang pemurah terhadap anak2nya dan keluarga. Pemurah dari semua segi terutamanya kasih sayang. Caring dan sanggup berkorban demi anak2nya.
Suatu ketika, aku menaiki bas dari Sandakan ke Kota Kinabalu yang jaraknya lebih kurang 400KM. Sepanjang perjalanan ini aku tertarik dengan perihal lelaki itu seorang ayah bersama dua orang anak perempuan kecilnya. Sikap caring yag dimiliknya terhadap anak2nya membuatkan aku jatuh hati pandang pertama terhadap lelaki ini.Alangkah bertuahnya perempuan yang memiliki lelaki itu. Anak2 itu tidur dengan lena dipangkuan tangan dan riba si ayah. Lelaki itu menjaga kedua2 anak gadis kecilnya itu dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Sanggup berkorban demi anak2 tercinta…hatiku berdetak detik memikirkannya. Ianya seakan satu pemandangan lukisan indah yang tak dapat digambarkan dengan kata2…tak ternilai.
Tetiba sahaja aku tersentak dengan kehadiran konduktor bas yang memeriksa tiket lelaki itu dengan anak2nya, dan memberitahu katanya lain kali tak perlu membelikan tiket tuk anak2nya tuh memandangkan sekarang bukan masa perayaan…dengan tersenyum lelaki itu menjawab takpahlah…..dan aku mengerti dia tak mau menyusahkan anak2 itu…….alahai…nasib baiklah dia dah berpunya….so nampaknya aku dah takda peluang lagi kot…he…he…orang kata, lelaki yang baik memang sudah dipunyai...... melihatkan sikap anak2nya juga aku berfikir sendiri….comel dan tak banyak karenah. Kadangkala sikap anak2 nih merupakan cerminan sikap kedua ibubapa…..entahlah…iyea kot.
Walaupun lelaki itu turun dipertengahan perjalanan namun ianya masih jelas dalam ruangan pemikiranku hingga ke saat ini. Harapnya aku akan bisa bertemu insan penyayang seperti itu…..InsyaAllah.
Lelaki itu suami dan kekasih
CERITA 1: Seorang kakak bercerita perihal rumahtangganya yang dah musnah lantaran silelaki itu…sang suami berkenalan dengan seorang perempuan yang boleh dianggap adik ataupun anak. Kononnya jatuh cinta kali kedua. Hah, kita boleh kategorikan cinta sebegini cinta gila ataupun cinta tanpa logika….si lelaki itupun dah bernikah dengan sang kekasih. Tapi apa yang aku fikirkan melalui cerita ni…Lelaki itu kalau dah jatuh cinta lupa segalanya…umpamanya otak dah kena brain wash…anak2pun dah tak dapat melanjutkan pelajaran kerana si lelaki itu…apakah sang kekasih amat berbaloi dimiliki dengan pengorbanan yang terlalu besar hingga melibatkan masa depan anak2??? Tepuk dada tanya selera….
CERITA 2: Aku ada kawan seorang tukang jahit, mempunyai seorang cahaya mata. Kiranya pendapatan mereka kira ok lah jugak. Tapi sekali silelaki itu..sang suami jatuh cinta dengan seorang perempuan…..apa yang jadi???, lelaki itu jadi buta mata hati….hingga tak dapat melihat apa yang dia miliki dan melepaskannya begitu sahaja hanya kerana seorang perempuan yang baru muncul dalam hidupnya…..
CERITA 3: Cerita seorang kawan, berkenaan seorang lelaki cina yang berkhawin dua. Isteri pertama dan anak2nya berada di semenanjung Malaysia dan isteri (muda) kedua di sabah. Perkara malang berlaku apabila si lelaki itu sang suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri keduanya dengan anak yang masih kecil terkapai2 sendirian menguruskan pengkebumikan memandangkan isteri pertama dan anak2nya yang memang dah besar panjang dan mempunyai kerjaya tetapi lepas tangan sahaja ataupun masih berdendam dan marah apabila si lelaki itu berkhawin lagi…..entahlah. Akibatnya????..fikirlah sendiri….!!!
Lelaki itu kawan....(kononnya)
lelaki semuanya akan maksudkan apa yang mereka perkatakan tak kiralah mengenai apapun walaupun dalam nada bercanda. So, beware. Walaupun siapa mereka, jangan sekalipun menjadikan maruahmu sebagai cagarannya…jangan sesekali….nanti menyesal seumur hidupmu….
Seorang kawan pernah bercerita padaku berkenaan kenalan internetnya….Lelaki itu….mereka berkenalan diruangan maya…kiranya kenal hampir setahun jugak sebelum memutuskan untuk bertemunya. Ingatkan ada kesempatan bertemu keluarga silelaki itu…..tapi lain jadinya. Mereka tidur sebilik…..tapi sikawan ni sedaya upaya cuba mempertahankan maruahnya. Syukur kehadrat Illahi kerana katanya dlm dua malam bersama lelaki itu, walaupun lelaki itu cuba pelbagai cara, mujurlah kejadian buruk tak berlaku, sebab dalam proses penolakan itu, lelaki itu mungkin boleh bertindak diluar kawalan seperti merogol ke??? Siapa tahu..iyea kan??? Anyway si kawan ni pun dah berkeluarga dah bersama insan tersayang dan dikurniakan cahaya mata dan dah melupakan hal itu, kerana yang penting katanya dia selamat dan itu pengajaran agar jangan sekali mempercayai lelaki yang tidak diketahui latar belakang dan personalitinya. Tapi yang melucukan katanya sepanjang dua malam bersama dia memang tak tidur ataupun berpura2 tidur…….hanya semata2 menjaga dirinya dari ternoda oleh insan yang bukan bergelar suami……kepada kawan aku tuh…..i am glad the bad things didn’t happen at the time and sempena tahun baru akan datang moga dirimu dilimpahi kesejahteraan bersama orang tersayang. The best things, si kawan ni ambik keputusan untuk terus melupakan semuanya. tak pernah lagi menghubunginya and memblog semua nombor yang berkaitan dengannya. Bah kata Lirik Lagu Slam...TAK MUNGKIN BERPALING LAGI dan lirik lagu Izlyn...HAI2, BYE2. Sedikit funny mendengar kisah ni pada mulanya.....tapi itu NYATA akibat rentetan yang wujud daripada persekitaran MAYA. Allahu Alam Bissawab.
Daripada apa yang berlaku, dalam persekitaran maya semuanya berisiko. Kena kenali dulu latar belakang seseorang dalam berkawan. Kawan lelaki mahupun perempuan. Fikir panjang apabila melibatkan maruah keluarga.......Fikir2 kanlah
Khamis, 15 April 2010
Kuman diseberang nampak, bangkai gajah depan mata entahlah mengapa tak nampak yea!!!!
Lucu apabila memperihalkan sikap member sekerja ni. Aku bahasakan dia ni SIPEREMPUAN. Entahlah aku kah yang kejam ataupun salah siapa..i didn’t want to bother my mind think about her. Enough is enough. Sebetulnya, aku dah lama membuang nama perempuan ni dalam kamus ruangan kerja aku sejak hampir dua tahun lepas. Fikir punya fikir bolehnya aku hidup tanpa sikitpun memandang wajahnya dan seolah2 dia tak wujud langsung dalam ruangan hidup aku. Nak katakan kesalahan dia besar, rasanya tak kot, tapi ianya the matter of heart…wait and see. Mungkin ini dugaan Tuhan bagi menguji hambanya. Its only the matter of time. Allah Maha Adil.
Pagi ni aku terdengar daripada beberapa colleque membincangkan pasal ini PEREMPUAN. Wow sejak dua tahun lepas, sikapnya langsung tak berubah malah makin teruk. Aku rasa si PEREMPUAN ni beruntung sebabnya ada sahaja telinga2 yang nak mendengar komen mahupun aduannya pasal rakan sekerja lain. Entahlah apa bah dia dapat dengan berbuat demikian????? Fikir punya fikir aku rasa dia dapat KEPUASAN yang INFINITI kot. Allahu Alam, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu. Akupun dah tak kisah dia nak buek apapun. InsyaAllah esok ataupun lusa aku akan tender resignation letter. Satu kelegaan buatku. Walaupun jauh disudut hati aku sayangkan kerja aku. Rasa sayang ni yelah bukan sehari dua terpupuk. Ianya turut di resapi pelbagai rasa (sedih, marah, tangisan, kekecewaan, kegembiraan, pengalaman, kepuasan, pengetahuan). Selama kat sini aku banyak belajar. Jumpa ngan pelbagai ragam. Aku cuma pelik, mengapa dengan mudah ada setengah2 orang ni kalau nak mengomplain no.1 tak kira dengan sesiapa pun. Yang penting ianya terluah. Kenapa tak cuba cari jalan daripada terusan merungut, and at the end nothing have been changed. Buat penat jah. Buat orang lain makin tambah meluat lagi ada…ALAHAI. Aku teringat kata pepatah "kuman diseberang nampak tapi bangkai gajah depan mata tak nampak". Betullah tuh. Apabila melihat keburukan/keaiban orang lain bukan main lagi dia ligat. Tapi apabila melibatkan keburukan/keaiban diri sendiri tak pula dia perasaan. So, sebelum nak mengomplain tuh pastikan diri tuh AGAK perfect…. Ataupun jenis yang AGAK mengikut peraturan. Jangan main separuh2 sahaja.
Berbicara pasal sombong dan angkuh, artikel yang terdapat di link berikut best untuk halwa minda.
http://dengantenang.blogspot.com/2010/04/sombong-bukan-milik-kita.html