Isnin, 29 Mac 2010

Hill Driving (Nota)

1. Stop sebelum garisan kuning. Tunggu arahan. Sentiasa amalkan penggunaan break tangan dan bebaskan gear. Nak mula kena Angkat tangan.

2. Gear 1- move on your car hingga tiba kawasan bukit tekan minyak sedikit, lepaskan clutch. Jangan tekan clutch sama sekali semasa naik bukit. Lepas pedal oil sebelum cermin sisi kereta selari dengan tiang pertama.

3. Clutch perlahan2 dan break semasa cermin sisi selari dengan tiang pertama. Angkat hand brake 2X tik, sebelum mengangkat kaki daripada pedal break. Lepaskan pedal break. Tapi biarkan kaki masih menekan habis pedal clutch. Cek tayar dalam kedudukan yang dibenarkan. Ok.

4. Tangan kiri sedia memegang hand brake. Tekan pedal oil hingga RPM antara 3 – 4. dan tahan kedudukan pedal oil tersebut. Angkat perlahan2 clutch sedikit. Apabila terasa badan kereta bergegak/terangkat sedikit, tahan clutch dan turunkan hand brake. Pada masa ni tekan pedal oil sedikit. Kawal stering. Kereta akan bergerak kedepan. Then lepaskan pedal oil.Perlahankan kelajuan dengan menggunakan brake perlahan2.


******Masa naik bukit – yang penting lepaskan sikit clutch then tahan sebelum turunkan hand break. Kawal steering. In case apabila perlu untuk mengulangi semula naik bukit, turunkan hand break, kawal steering dan kereta akan undur dengan sendirinya. Break apabila hanya sampai kat garisan nak naik bukit. Jangan lepaskan clutch - perlu agar enjin tak mati.

*******In case enjin kereta tetiba sahaja mati : pusingkan kunci kereta dan pastikan kaki menekan clutch.


p/s : betullah kata orang, Perkara paling mencabar adalah latihan/test semasa menaiki bukit.

Artikel2 berkaitan:-

http://www.driversedguru.com

http://www.driving-school-beckenham.co.uk

http://www.johnfoote.co.uk/manouevres/hillstarts.htm

Ahad, 28 Mac 2010

Jurnal 21/03/2010 - 26/03/2010




21/03/2010 - Seperti kebiasaannya para pekerja akan berkumpul di Bandar Kim Fung , Bandar Indah Jaya dan juga Simpang Mawar untuk pulang dan juga pergi kerja. Terdetik nak ambik gambar persekitaran di Bus Stand Kim Fung sambil melihat lagat rakan sekerja lain. Seperti hari2 yang sudah, masa menunggu ni memang dihabiskan dengan gurau senda sambil ketawa…….melihat pelbagai gelagat manusia sehingga bas pengangkutan kami tiba.

24/03/2010 - Beberapa hari ni cuaca mendung dan disusuli hujan sekali sekala. Cuaca begini amat baik untuk persekitaran tempat kerja yang berhabuk, kering dan banyak kerja2 tanah sedang dilakukan dipersekitarannya. Walaupun kadangkala cuaca begini menyebabkan perjalanan masuk dan keluar tempat kerja sedikit terganggu dengan jalan licin dan gravel. Masa balik kerja sebelah petang, perjalanan sangkut sekejap kerana ada lori angkut tanah terkubur tayar. BTW our driver berjaya melalui jalan tersebut dengan jayanya. So amat penting kalau seseorang yang bekerja itu kompeten dalam bidang masing2. Sepanjang kerja kat sini lebih kurang 3 tahun (09/05/2007-09/05/2010), pelbagai halangan perjalanan dah pernah dilalui…..dan semua itu sudah pasti akan meninggalkan kenangan. Ada satu peristiwa yang mungkin takkan dapat dilupai sepanjang hidup. Ianya berlaku lebih kurang setahun lalu. Peristiwa ni menunjukkan kuasa air yang boleh menyebabkan suatu kejadian yang tak diingini hampir berlaku. Syukur kehadrat Illahi, semua yang terlibat selamat. Kisahnya begini, petang 04/01/2009 hujan lebat mencurah lebih kurang pada pukul 3.30 pm. Tepat pukul 5.00pm, beberapa orang engineer bergegas balik. Tiba dekat pertengahan perjalanan yang mana jalan2 masa tuh masih boleh dilalui walaupun telah ditenggelami air. Tiba2 sahaja, air deras mencurah menuruni bukit dan menyebabkan kereta yang dinaiki berputar 180 darjah. Peristiwa ni juga menyebabkan kami terpaksa menunggu hingga banjir surut pada pukul 12.00 tengah malam dan pulang menaiki pacuan 4 roda. Sebahagian daripada staff lain pulang menggunakan tug boat. Sebenarnya perjalanan melalui jalan gravel memakan masa lebih kurang 20-25 minit menaiki bas kilang yang disediakan oleh pihak syarikat sebelum tiba dijalan bertar (Bandar). Bayangkanlah setiap hari kena melalui jalan gravel dan berdebu keluar masuk kilang. Tapi itulah hidup penuh dengan cabaran dan kena terima dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Jiayooo sentiasa menghadapinya. Huuuhh..huuuh, Kalau difikirkan terasa macam dalam cerita dongeng plak. Terpaksa menngharungi lurah dan bukit.....sebelum sampai ketempat yang dituju....


25/03/2010 – Kursus penggunaan alat pelindung diri (Personal Protective Equipment -PPE) pada sebelah pagi. Seronok jugak mendengar ceramah yang diberi kerana turut disusuli oleh lawak jenaka dan suara2 peserta yang ada kat belakang. Banyak juga pengetahuan yang didapati dalam kursus ini walaupun berlangsung dalam jangka masa yang singkat sahaja. Pada akhirnya para peserta diberi peluang mencuba sendiri mask 3M.

Coklat Oh Coklat...

Al-kisah ada satu cerita. Perihal coklat. Siapa tak suka coklat? Amat jaranglah orang kat dunia ni yang tak makan coklat.Yea, kadangkala kalau teringin nak makan coklat sudah tentulah pergi kedai, beli dan makan ataupun minta tolong orang belikan mungkin dari si buah hati ke, si buah jantung ke, si buah cempedak ke, heeh..heeh, ataupun si mata air. Paling mengasyikkan jika coklat tuh pemberian seseorang. Alangkah seronoknya.

Bulan lepas ada 2 orang engineer ni pergi outstation kat Semenanjung. Sebelum pergi tuh ada seorang collegue ni minta belikan coklat sebagai ole-ole. So si engineer nipun belilah ole-ole tuh. Then dia pun bagilah pada seorang lagi colleque perempuan lain untuk di agihkan.

Tatkala suatu saat, mungkin si engineer teringat pasal coklat tuh lalu bertanya pada sipemesan coklat. Berubah terus muka sipemesan coklat tuh, sebabnya dia tak pernah nampakpun rupa coklat tuh bagaimana, so batrep lah sikawan. Mengapa yea agaknya coklat tuh tak sampai2 kat dia dan orang lain. Sedangkan coklat tuh untuk kakitangan office yang lain jugak. Alahai takkan lah sebab coklat yang tak seberapa tuh dia terlupa diri. Siapa tak geram kalau amanah yang sepatutnya dilaksanakan rupanya tersangkut akibat hawa nafsu yang diikutkan sangat. Sebenarnya the moment I knew about this story its makes me smile and feel funny. Iitulah salah satu lagi ragam manusia yang mendiami muka bumi ni……aku tak rasa sangat sebab aku ngan engineer ni tak rapat walaupun satu office yang sama dan dia juga one of my HOD, tapi aku punya member sorang ni terasa sedikit dengan sikap itu perempuan, kalau difikirkan, dia memang layak untuk terkilan dengan sikap perempuan tuh. Alahai takkanlah tak pernah tengok coklat seumur hidup kot hingga terlupa segalanya apabila nampak coklat dari KL????. Huuh..huhh. Kat kedai melambak, boleh pilih dari Vanhouten ke, Cadbury ke…pilih sahaja dan nikmatinya semahumu. Lantas fikiran ligat terbayang kata-kata bahasa bajau : emmboho makaenddaan dina…maka aseh…. It was very pathetic.

Dipendekkan cerita, pada petang tuh, after lunch time there was a chocolate bar and the pemesan coklat tengah makan and offer us (me and another colleque same office with me) but truly I didn’t have heart to have that chocolate anymore. So I just say no but thanks to her… and in the bottom of my hearts says if I really want to eat chocolate I will buy myself. Sedar jugak its wasn’t for me buat apa terhegeh2 nakkan perkara yang memang bukannya untuk kita, kadangkala kesedaran tuh penting untuk menguatkan keyakinan dan jugak jati diri. Buat apa menyusahkan diri. Bukannya tak pernah rasa ….mengapa perlu menyusahkan diri di atas sesuatu common things in the world yang memang bukan hak kita. Hakikatnya itu semua akan jadi najis jugak. Let she eat it out as she pleased. Itu baru coklat apa jadi jika ianya melibatkan perkara yang jauh lebih bermakna dan berharga???? So fikirlah sendiri.

Better you spent your own money to have whatever you like and affordable to have….dan nikmati ianya tanpa ada perasaan negatif. InsyaAllah, kita kejar kedamaian dan bukannya ketamakan….sempat jugak buat sedikit research from one of the engineer yang pergi bersama hari tuh. Secara kebetulannya engineer ni jugak is my HOD too….from what I have been told the engineer buy chocolate at the airport tuk keluarganya dan coklat tuh bukan dalam bentuk bar tapi dalam bentuk kecil2. Entahlah Allahu alam….dan coklat bar yang dimakan tengahari tuh datang dari mana dan beli guna duit siapa ….tak pernah dah terlintas nak tanya. Lantaklah, sebab tak berminat nak tahu. Cuma semua yang berlaku ni membuatkan fikiran negatif terhadap perempuan ITU semakin menebal, membuatkan minda ini berfikir2 and still masih mencari sisa kebaikannya tapi hakikatnya tak jumpa jugak. Mungkinkah kalau memang sudah tertanam tanggapan negatif terhadap seseorang, minda akan sentiasa menafsirkan apapun perlakuannya tetap nampak keburukan daripada kebaikannya. Apa boleh buat…….

Rabu, 24 Mac 2010

Momento 09/05/2007-31/05/2010

Kali ni, nekad dah nak hijrah. Walaupun terasa berat nak meninggalkan tempat ini tapi demi masa depan dan mengejar sesuatu dalam kehidupan ni aku open my heart seluasnya. Moga aku akan melalui satu perjalanan hidup indah yang takkan dapat aku lupakan, menemui impian..InsyaAllah. Actually kerja selama tiga tahun dalam company yang aku akan tinggalkan ni mengajar aku banyak perkara. Jasa Chemist Ms. J takkan dapat aku lupakan. Sekalung budi buat Ms. J kerana memberi aku peluang menimba pengalaman kat company ni. Banyak pengalaman yang aku cedok semasa disini. Pejam celik tiga tahun berlalu begitu cepat. Kalau belajar dah dapat sijil, diploma ataupun ijazah… betul tak???
Kehidupan ini memang kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Tapi yang paling teruk jika kita bertemu dengan orang yang mempunyai hati yang busuk. Lebih baik bertemu dengan orang yang sombong yang buat kerjanya sahaja tanpa mengganggu orang, atau berkenalan dengan pencuri, yang mana kita akan berjaga2 sentiasa, pembohong plak kita akan menapis setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya tapi bagaimana dengan orang yang pandai bermuka2, bercakap penuh manis, tapi hakikatnya hati dia ibarat daging yang rosak dan masam semasamnya seperti 100 lemon yang semakin membusuk. hek..eleh..iyea ke tu?? Orang seperti ini, membuatkan jiwa dan semangat menjadi semakin kental dan keras. So salah siapa??? Biarlah walau apapun terjadi…biarkan ianya berlalu walaupun jauh disudut hati mana mungkin parut itu bisa sembuh dengan mudahnya….pandang kedepan, hijrah and never ever look back again. Leaving all behind.


Tapi ada perkara yang paling berharga aku sedari. Bertemu semula dengan rakan sekolah dan hubungan persahabatan itu bertambah utuh. Walaupun kengkadang ada sikap buat tak tahu jah, namun dihati memang akan terkenang selamanya. Kata orang, once kita anggap seseorang tuh kawan kita akan bisa dong menerima kekurangan dan kelebihan mereka. Itulah contoh cinta tanpa syarat. Menyayangi mereka apa adanya. Hidup Cuma seketika dan takkan rugi apapun jika kita buat sesuatu kebaikan demi orang lain apatah lagi jika seseorang tuh kawan jika hak, instead of berkira bagai nak rak untuk sesuatu yang sebenarnya seseorang tuh berhak. Apa boleh buat ada setengah2 orang ni mereka dapat kepuasan kot dengan cara begitu. Tepuk dada tanya selera

Hingga kini ada wajah dan nama yang tak pernah lupus dalam ingatan, ada yang wajah masih diingatan tetapi nama langsung tak ingat..ataupun sebaliknya. Alahai..itulah semakin usia makin meningkat semakin kita terlupa banyak perkara. Please lah be nice to others with sincerety. Buatlah sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan nescaya hati akan tenang…..walaupun kengkadang hati dan perasaan kita seakan tak ingin melakukan kebaikan. Pujuk diri…sentiasa..


Sebesar-besar dosa, besar lagi kemaafan…memang betul dan tidak dapat dinafikan. Di kala meninggalkan segalanya dibelakang, rasa marah dan kesal tuh masih ada. Mungkin memerlukan banyak tahun/masa untuk bertenang dan memaafkan. Saat ini, aku tak dapat menidakkan kata hati dan perasaan aku… lalu aku mengizinkan ianya kekal dihati.
Kepada rakan sekerja aku and my bosses, aku mohon kemaafan andai selama ni aku pernah melukakan hati dan perasaan kalian. Bah kata orang dulu2 ada pertemuan akan ada perpisahaan. Ramai yang tak sukakan perpisahaan dan antara banyak2 majlis, paling aku tak suka adalah majlis perpisahan. Tapi sebagai seorang manusia aku sayangkan rakan2. Makanya aku inginkan yang terbaik buat mereka dan sentiasa berdoa agar hidup kita sentiasa dilimpahi keberkatan Illahi. InsyaAllah. Jiayooo...jiayooo
Aku tender resignation on 17th april, 2010 and will be here until 31st of May. Maka terlepas segala kelegaan dan jiwa lebih tenang. Cuma sekarang ni aku belum settle dengan ujian driving aku laie...cam na ni???? risau...risau....aku kena kuatkan mental dan fizikal....ahhhh... ((((23rd april, 2010))))

Isnin, 15 Mac 2010

"Neither a borrower, nor a lender be"

Rangkaian perkataan bahasa Inggeris "Neither a borrower, nor a lender be" ini menarik perhatian. Saat membacanya fikiran ligat berfikir mencari makna perkataan tersebut… sekali dah ketemu jawapan itu aku terfikirkan beberapa peristiwa dipersekitaraan dan juga daripada penceritaan yang mungkin ada hubungkaitnya dengan peribahasa tersebut….

Kes 1…
Ada seorang kawan ni, jiran dia pinjam RM10.00 sahaja…walaupun pada masa yang sama dia pun agak terdesak jugak….memandangkan dia ni merayu2 agar dipinjamkan..maka sikawan ni pun memberilah duit yang diperlukan itu.
Alkisahnya setelah lebih sebulan…tanggal hari gaji pun dah lepas…si perempuan ni seolah2 lupa akan janjinya untuk membayar duit hutang tersebut pada penghujung bulan. Dan yang peliknya dia cuba pula nak main2 kucing dan tikus dengan sikawan….pelik. tapi itulah yang terjadi…si peminjam plak yang bermasam muka dan cuba2 buat tak kenal apabila terserempak. Seolah sikawan pulak yang berhutang padanya. BTW takkanlah sebab duit RM10.00 tuh dia gadaikan maruah dan kepercayaan orang terhadapnya kot???? Apa singkat punya pemikiran. Mungkin baginya rasa kepuasan tak terhingga setelah membohongi orang lain. Hakikatnya….. siapa yang rugi sipeminjam atau si pemberi pinjam??? Apalah nilai RM10.00 tuh kalau dia minta halalkan….habis cerita!!! Mungkin akan dihalalkan sahaja… Dan yang paling menyedihkan.. rupanya duit tuh digunakan tuk beli hadiah perkhawinan..ALAHAI.. fikirlah sendiri…
Perempuan ni hilang kawan tapi dapat RM10.00, manakala si pemberi pinjam hilang kawan yang tidak pernah layak dimiliki oleh sesiapapun, duit yang tak seberapa dan yang paling penting lunturnya sebuah kepercayaan……hikmah atas kejadian ni… dapat kenal hati budi seorang kawan kononnya…

Kes 2…
Kisah si pemancing/nelayan …alkisah si abu ni selalu sangat pinjam minyak kat rakan2 pemancing yang lain….maka rakan2 lain ni pun memberi pinjam dengan harapan akan mendapat ganti semula setelah si abu ni dapat menjual hasil tangkapan kelak…..Pinjam sekali…bagi, pinjam 2x pun bagi lagi…pinjam 3x pun bagi lagi….akhirnya rakan-rakan pemancing pak abutak tahan lagi dan berbincang sesama mereka perihal sikap buruknya. Mereka bertekad takkan memberi muka lagi dengan si abu….. huh…kalau nak bercerita pasal tangkapan sekali dapat tangkapan akan dapat ikan siakap bersaiz 5-10 kg, tapi biasalah manusia ni pelupa…nampak duit macam tuh tak ingat dah pasal hutang yang dibuat sebelum ni….bukan seorang dua rakan pemancing yang terkena, malah semua mereka terkena dengan sikap tak tahu malu pak abu tuh. Apa boleh buat just waspada sahaja dengan golongan ini……….. Itulah satu lagi koleksi jenis manusia yang mendiami bumi ni…..Allahu Alam Bissawab


"Neither a borrower, nor a lender be" says that it is best to not lend [money] to other people and to not borrow from other people. When we lend something we risk losing both the thing we lend and the friendship with that other person. {from Hamlet by William Shakespeare; Polonius speaking: "Neither a borrower, nor a lender be; For loan oft loses both itself and friend"} Example question: "Could you lend me twenty dollars?" Answer: "Sorry, neither a borrower nor a lender be." This says that you value the friendship and you don't want to risk hurting the friendship with a loan. ---Sources : http://www.goenglish.com/

Ahad, 7 Mac 2010

DUIT


Duit
jika hak ..
Berikan dengan ceria dan ikhlas…
Penuh tanggungjawab…
Jangan biarkan nafsu…beraja di hati
Jangan digenggam seeratnya
Lepaskan ia selayaknya…

Duit…
100 mungkin angka yang tak bermakna…
Bagi seseorang
Namun seseorang yang lain…
Ia sebaliknya….
Angka bukan ukuran kepuasan dan kemenangan
Tapi kelegaan dan rasa penghargaan
Jangan sesekali berkira..
Makin dikira makin deras alirannya
Lesap tak kemana…
Meninggalkan kegusaran yang tak bermakna

Duit…
Heehee…keep the change
Tanda penghargaan pada yang sepatutnya…
Ahh…tak mau rugi
Pada orang yang amat berkira…

Duit
Selagi nyawa dikandung badan…
Takkan pernah henti mencarinya…
100, 200, 300….1000..
Tepuk dada tanya selera…
Jika ianya pergi biarkan…….
Hidup kena diteruskan seutuhnya…

Duit..dan kepercayaan
Kepercayaan tak ternilai…
Duit sebanyak manapun bisa dinilai..
Jangan biarkan duit menghilangkan kepercayaan orang….
Rasionalkan fikiran jika melibatkan duit, hak dan amanah….

Sayonara…..