Kehidupan manusia selalunya takkan terlepas daripada perasaan amarah, gembira, sunyi, suka mahupun duka. Kita memang akan sentiasa disajikan dengan pelbagai perasaan ini dan terpulang pada individu untuk menikmati setiap rasa yang melanda dan menanganinya dengan kaedah sendiri. Manusia memang memiliki sifat-sifat ketuhanan, kebinatangan dan juga kesyaitanan….dan itulah realitinya…manusia. Selagi berpegang pada sikap ketuhanan, sentiasa bermonolog dan sentiasa sedar tindak tanduk kita sebagai manusia berada dalam perhatian Illahi……InsyaAllah kita takkan buat perkara yang melebihi batasan….
Kelmarin aku berdepan dengan rasa amarah yang tersangat hebatnya. Memang aku hipokrit kalau ianya melibatkan perasaan dan hati aku…yea. Kadangkala kita seakan dah melupakan atau memaafkan seseorang yang kita benci………aku simple jah ada orang tuh aku akan cuba mengelak daripada berada satu space dengannya walaupun rasa benci itu dah menjadi sesuatu yang takda rasa dan takda makna…..semua ini aku lakukan agar aku bisa meminimumkan perasaan benci yang ada dalam diri. Tapi hakikatnya, jauh disudut hati melihat bayangnya pun aku tak pernah ingin inikan melihat wajahnya…. apatah menyibukkan diri tentangnya…… baru aku akui inilah kali pertama aku membenci orang seumur hidupku dan biarlah ini yang pertama dan yang terakhir. Batapa tak mudahnya membenci orang…….Kalau turutkan hati memang aku tak berminat langsung menyentuh pasal kebencian ini lagi…hakikatnya, aku hanya insan biasa…..punya rasa dan perasaan.