Rabu, 15 Julai 2009

Pahit akan manis akhirnya


Salam
Hai….bertemu lagi dicoretan ini. Aku sememangnya begitu suka menulis. Melalui penulisan kita mampu meluahkan apapun yang terpendam dikotak pemikiran. Kiranya aku nie jenis yang tak banyak berbicara kot…he..he…tapi kalau menulis nie bolehlah meluahkannnya serba sedikit…walaupun tak 100% terluah. Di kesempatan ini aku ucapkan terima kasih ngan feedback yang diberikan oleh kengkawan. Sekali lagi thanks guys for being my friends.


Kadangkala bila kita marah lebih elok diluahkan agar jiwa sedikit rasa tenang… dan membiarkan segalanya berlalu……Cuma kita berharap takkan terjumpa lagi ngan jenis orang yang membuatkan kita marah…dan marah bertukar jadi benci…..akibat ada sahaja rentetan yang mengundang rasa marah itu menjadi benci… tapi kena pastikan jangan biarkan hati kita dikuasai rasa benci lama2, sesungguhnya tak elok untuk diri sendiri. Masakan manusia layak tuk membenci manusia lain…sama-samanya juga makluk TUHAN yeakan???….tips ni boleh digunapakai bagi menghapuskan perasaan benci yang bertandang kat jiwa…..cubalah


Sekarang nie kebencian atau rasa marah , dah takda dah…no feeling anymore…dah jadi null pun. Sebab takda faedahnya pun memikirkan hal orang lain…walaupun ianya pernah bersangkutan dengan hidup kita…..bagus fikirkan perkara lain yang masih banyak boleh diterokai keindahannya.. Tapi kena pastikan hidup kita jangan sesekali berlaku kejam…aku teringat ngan pensyarah aku kat kolej dulu…yea..Cik Bat Kamaruzzaman..moga hidupnya sentiasa bahagia dunia dan akhirat, AMIN. Katanya kejam dalam erti kata yang sebenarnya adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya….kata2nya itu sampai sekarang masih terngiang2 ditelingaku… so niatkan dihati apapun kita lakukan hendaklah mendapatkan keredhaan Illahi. Buatlah kerja kita dengan sepatutnya walaupun kadangkala kita tak inginpun nak buat. … tapi sebab tanggungjawab jangan sesekali tertewas ngan nafsu kita yang kadangkala beraja dihati. Kepada yang berkenaan terima kasih kerana menyedarkan aku akan kehadiran satu lagi jenis manusia….yang selama ini aku tak pernah temui. Kelukaan yang pernah dialami, hakikatnya bisa sembuh dan akan sembuh, namun hakikatnya parut tuh sentiasa ada utk mengingatkan kita pada perkara tersebut pada masa2 akan datang….


Pada masa ini, aku hanya terfikirkan karenah the wonderful persons around me, baru aku perasan terdapat banyak perkara ataupun orang lain disekeliling yang membuatkan kita sentiasa tersenyum….yang prihatin, yang baik, yang kelakar dan perangai gila2pun ada. Hidup ini sentiasa berwarna-warni…..


Pasal cinta plak, biarkan cinta sentiasa mekar dihati dan sentiasa mendoakan kebahagian insan yang dicintai dengan satu ketetapan dihati, kita takkan rugi apapun kerana menyinta…… Chow……wassalam.