Selasa, 15 Mac 2011

Amaran Tsunami.....

11/3/2011 -7.45pm-Alamak..aku dikejutkan dengan amaran tsunami yang kemungkinan melanda perairan Sabah disebabkan kejadian gempa bumi di Jepun. Amaran berjaga2 diwarwarkan di radio dan juga TV. Namuni sebenarnya tiada apa yang boleh dilakukan jika memang ianya ditakdirkan terjadi. Cuma tawakkal dan menyediakan dokumen yang penting sahaja….

Perkara yang baru jah aku terima ni membuatkan aku tak senang duduk, bagai kucing nak beranak ataupun bagaikan cacing kepanasan ni. Yealah almaklum kebanyakan rumah2 di Sabah amnya dibina dipersisiran pantai….Keluarga aku kat Sandakan lagilah, jenis rumah atas laut. So sampai2 hostel jah aku topup my handphone. Call sana dan call sini. Apa yang penting kata mereka Cuma menuruti arahan pihak berwajib seperti polis dan juga marin di perairan laut sulu. Walaupun kebimbangan menyelimuti hati, terpaksa berdoa agar semuanya dalam keadaan yang baik. InsyaAllah.

Menjelang pukul 11pm, amaran kemungkinan tsunami telah dimansuhkan. Thanks God. I always put in my mind, this things can be happen to anyone, anytime or anywhere. Keadaan bencana ini bertambah teruk akibat adanya stesen janakuasa nuclear yang terjejas dan telah pun ditutup. Masih teringat pasal tsunami yang pernah melanda acheh sebelum ni, Tak silap aku dalam tahun 2002, Tsunami yang merentasi benua dan melibatkan banyak kehilangan nyawa. Namun semua yang terjadi ni Ketentuan Illahi. Disebalik kesenangan itu adanya kesusahan. Begitu jugak disebalik kesusahan itu adanya kesenangan. Hanya Allah yang maha mengetahui dan ianya telah tertulis dalam kitab Lauh Mahfuz. Allahu Alam…..


Gegaran agak tinggi direkodkan pada skala richter. Ianya melibatkan kehilangan nyawa yang agak ramai. Setelah beberapa hari berlaku, perkara dahsyat ialah letupan beberapa reactor nuclear…apakah kesannya kelak??? Allahu Alam Bissawab.