Isnin, 20 Disember 2010

Ditelan mati emak, diluah mati bapak....

DITELAN MATI EMAK
DILUAH MATI BAPAK….
Kadangkala kita terperangkap dalam satu situasi yang membuatkan kita serba salah. Nak tolong payah, tak nak tolong kesian pulak. Nyawa manusia itu kan berharga. Dah tolong pulak takut ada yang tak puas hati, yang menolong pula jadi sasaran. Akibatnya selesai tolong orang kalau boleh kita diam dan buat takda apa2. Tolong sembunyi2 ada hikmahnya demi kebaikan banyak pihak. Moga Allah melindungi dan memberkati kehidupan hamba Allah yang menolong orang lain kerana Allah. Kerana kasihnya terhadap manusia lain….. kerana itu jugak tanggungjawab dan sebagai manusia yang waras harus memainkan peranan agar tiada orang yang akan menderita.
Tengah malam 12/12/2010 selepas selesai menonton tv, ada seorang hamba Allah ni mendengar tangisan meminta tolong dalam sebuah rumah diblok tempat tinggalnya itu. Apa lagi tanpa berfikir panjang, dia menelefon ambulance kerana percaya perempuan yang kena kurung itu cedera. Tak lama kemudian, ambulance sampai bersama anggota polis. Akibatnya semua orang yang berada dalam rumah itu kena bawa kebalai…. Namun esoknya mereka telah dibebaskan…. Kononnya mengikut keterangan bahawa perempuan itu telah didapati mencuri oleh tuan rumah dan akibatnya dia telah dikurung. Entahlah siapa salah dan siapa betul…tapi wajarkah mengurung seseorang setelah dia didapati bersalah??? Patutkah kita meletakkan undang2 ditangan sendiri. Apapun kita serahkan sahaja semua itu kepada perhatian pihak berkuasa. Biarlah kita salah kerana tersalah bagi ampun tapi jangan kita sesekali tersalah bagi hukum…so tepuk dada tanyalah minda…..

Alkisah sipengadu itu serba salah dan sedikit rasa tertekan. Yalah takut jugak apabila diketahui oleh orang lain. Kalau difikirkan bukannya buat jahatpun hanya sekadar menolong. Tapi perkara terpenting kita sebagai orang awam sudah melaksanakan tanggungjawab kita setakat yang kita mampu. Berdoa banyak2 agar Allah sentiasa melindungi dan memberkati kehidupan kita. Amin. Kalau diikutkan ahli keluarga lainnya meminta agar dia jangan lagi masuk campur dalam hal orang lain. Kepala hotak manusia yang banyak2 kat dunia ni berlainan sama sekali corak pemikiran mereka. Tawakkal kepada Allah atas apa yang telah terjadi. Kalau lah kita ditempatnya apa yang akan kita lakukan????

coretan @Kolombong, kota kinabalu