lelaki mungkin akan jatuh cinta kedua kali. Tapi seringkali cinta itu tanpa logika. Lelaki itu sipelaku cinta tanpa logika ini biasanya akan melihat semuanya tanpa fikiran yang waras sedangkan dia mempunyai seorang isteri yang sangat menyokongnya dalam apa jua keadaan. Dan sang isteri dengan tekunnya turut membantu dalam menambahkan pendapatan….tanpa sebarang keluhan hanya kerana perasaan cinta dan kasihnya pada sang suami. Tapi apa balasannya…begitu mudahnya sang suami akan melupakan segalanya tentang si isteri, keluarga mahupun anak2. Ibarat mereka menjadi sesuatu yang takda makna dalam hidup sang suami berkenaan. Kononnya jatuh cinta kali kedua:
CERITA 1: Seorang kakak bercerita perihal rumahtangganya yang dah musnah lantaran silelaki itu…sang suami berkenalan dengan seorang perempuan yang boleh dianggap adik ataupun anak. Kononnya jatuh cinta kali kedua. Hah, kita boleh kategorikan cinta sebegini cinta gila ataupun cinta tanpa logika….si lelaki itupun dah bernikah dengan sang kekasih. Tapi apa yang aku fikirkan melalui cerita ni…Lelaki itu kalau dah jatuh cinta lupa segalanya…umpamanya otak dah kena brain wash…anak2pun dah tak dapat melanjutkan pelajaran kerana si lelaki itu…apakah sang kekasih amat berbaloi dimiliki dengan pengorbanan yang terlalu besar hingga melibatkan masa depan anak2??? Tepuk dada tanya selera….
CERITA 2: Aku ada kawan seorang tukang jahit, mempunyai seorang cahaya mata. Kiranya pendapatan mereka kira ok lah jugak. Tapi sekali silelaki itu..sang suami jatuh cinta dengan seorang perempuan…..apa yang jadi???, lelaki itu jadi buta mata hati….hingga tak dapat melihat apa yang dia miliki dan melepaskannya begitu sahaja hanya kerana seorang perempuan yang baru muncul dalam hidupnya…..
CERITA 3: Cerita seorang kawan, berkenaan seorang lelaki cina yang berkhawin dua. Isteri pertama dan anak2nya berada di semenanjung Malaysia dan isteri (muda) kedua di sabah. Perkara malang berlaku apabila si lelaki itu sang suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri keduanya dengan anak yang masih kecil terkapai2 sendirian menguruskan pengkebumikan memandangkan isteri pertama dan anak2nya yang memang dah besar panjang dan mempunyai kerjaya tetapi lepas tangan sahaja ataupun masih berdendam dan marah apabila si lelaki itu berkhawin lagi…..entahlah. Akibatnya????..fikirlah sendiri….!!!