Jumaat, 25 Mac 2011

25/3/2011--Lugai-lugai

Kadangkala terasa jugak kita dengan sikap sesetengah individu ni kalau buat kerja. Yealah sambil lewa jah. Tapi kita, disebabkan sudah memang sikap diri yang memang menganggap kerja itu satu amanah, kita lakukan dengan sebaiknya dan seperti yang sepatutnya. Anyway, yang penting aku dah tunjukkan apa yang sepatutnya, so terpulang pada mereka nak mencorakkan perangai mereka kelak. Esok is my last day here working here. Kadangkala geram melihat mereka buat kerja. Kita dah buat banyak tapi mereka baru masuk dua tiga….. entahlah apa dalam kepala hotak mereka yea….dreaming ke honeymoon..

Sepatutnya aku buat dehh jah, tapi memang aku geram sedikit nasib baiklah aku bukan seperti dulu yang main tegur main hentam jah. Walau bagaimanapun aku tegur jugak. Sekarang ni biarlah…..nak jaga air muka mereka kadangkala mereka tak mau memahami….., aku terfikir, semua perkara dia akan hadapi kelak tanpa aku jadi pemerhatinya lagi…aku pun malas nak perhatikan orang lain. Tapi yealah sooner or later dia akan hadapi semua itu. So nanti dia sedar sendiri kot, InsyaAllah. Tapi kalau dah memang sikap orang begitu memang begitulah….

Ingatkan nak begi satu pesanan sama dia pasal list fail/dokumen nak hantar ke audit firm, chehh rupanya kononnya dia sudah cakap sama bos dia, yang office work dia memang tak dapat buat. Huuhh, kalau tengok sikap dia buat lugai2, memang bolehlah just jadi pemerintah itu dan ini. Maybe ada sikap pengipas jugak…walaupun tak berapa ketara sangat. Kononnya hari ni sepatutnya ada sorang akan datang umur 40-an. Wait n see lah, kalau nak ambik pun bukan secepat itu akan dapat. Hopefully dapat kot seseorang dalam masa terdekat ni. Tapi mungkin semua ni disebabkan umur dia yang masih awal 20-an kot. Yea kot…

Aku masih teringat my bestfriend…jenis yang kalau buat kerja memang komited, pernah mengutarakan pasal sikap colleque yang lain buat kerja macam entahlah macam Ta** kot. Buat seolah2 sekadar melepas batuk ditangga. Yealah, aku mengiyakan tapi kataku jangan terlalu fikir semua itu. Cuma Tanya sama hati…paling penting buat semua kerja kita dengan hati yang ikhlas dan terbuka.

5.00pm- just received called from my sister. Bad news. My cousin had just passed away and now in morque at keningau. Ya Allah semoga rohnya dicucuri Rahmat Illahi. Kena terimanya sesungguhnya semua itu suratan takdir Illahi…….Al-Fathihah buatnya… Berita sedih pada ulangtahun ke 34 tahun… Hidup kena kedepan… Terfikir sejenak hidup kita amat singkat, kita tahu bila kita dilahirkan tapi kita takkan pernah tahu ajal maut kita sendiri. Jangan buat aniaya pada saudara sesama kita. Mungkin sekarang kita masih bernafas sepuluh minit kemudian yea...tiada sesiapa yang tahu..Melainkan Allah Maha Mengetahui ke atas segala sesuatu. Bersikap Penyayang dan Pemaaf sesungguhnya kedua2 sikap ni adalah ikap Nabi Kita Nabi Muhammad SAW....

Kolombong…

Selasa, 22 Mac 2011

Lelaki itu......begitu ke lelaki???

22/03/2011-kolombong
Masa menunjukkan jam 12.15pm. Actually aku tadi dari store bawang, buang daun2 tumbuh pada bawang merah. Memang aku tak betah berada diruangan dimana dengar macam2 bahasa yang aku tak reti…membingitkan telinga jah. Lagi senang aku berada dalam ruang sendiri…. Jauh daripada keriuhan….

Pagi ni ada dua orang pekerja perempuan kena marah dan diminta pulang. Dengan kata lain kena buang kerja kot. Kononnya masa masuk office mungkin ambil gaji atau entah sebab apa tah, kena penampar lagi 2X. Macam payah aku nak percaya. Kalau betullah semua itu, aku bertanya sendiri bagaimana tega seorang lelaki menampar seorang perempuan. Betul ke tuh ha??? Allahu Alam Bissawab.

Semua perkara ni membuatkan aku berfikir, seorang lelaki yang badan agak besar mestilah mempunyai tangan yang agak besar digunakan untuk menampar pipi seorang perempuan!!! Apa kena tuh??? Sekarang nipun tak main dah kasar2 dengan orang lain. Kalau dah tak suka takyah banyak cakap minta dia jah beredar….. habis cerita kan!! Sesungguhnya Allah maha Mengetahui ke atas segala sesuatu…mana betul mana tak betul. Tapi apa yang kita rasa setelah buat sesuatu aniaya pada orang lain??? Hati senang??? Hati gembira??? Ataupun hati bangga dengan menunjukkan kekuatan kepada orang lain??? Tanyalah hati kita kearah mana….tanyalah logic pemikiran kita kesannya…. Setiap perbuatan anak2 Adam akan memakan diri sendiri. Biarlah kita letakkan perkiraan semua ni keatas ketentuan Illahi. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan maha Pemurah lagi maha Pengampun.

Isnin, 21 Mac 2011

Menghitung Hari.....

19/03/2011-Jam menunjukkan ke angka 1.00 petang. Sebenarnya tengah tunggu bos datang agar bisa aku memanfaatkan masa rehat aku yang sepatutnya 12.00-1.00pm tadi. Entah. Apa yang aku fikirkan dikala ini. Nak online hati tak senang, nanti dikata plak aku ni jenis yang berinternet jah orangnya. Takut kot dikata ambil kesempatan. Walhal itu semua mungkin Cuma perasaan aku sendiri. Apa nak buat, that’s is a part of me. Biarlah walau apapun alasannya…musababnya….Allahu Alam Bissawab.

Menghitung hati…..Yah lagi seminggu aku berada disini. Dikota besar ni. Tapi hakikatnya aku tak pernah berminat untuk menetap di Kota ini. Kota Kinabalu walau …nyaman, sentiasa dilimpahi hujan……. Itu semuanya tak bisa mengikat aku agar menetap disini….

Berbicara pasal kerja2 rutin aku, its seem semuanya berjalan dengan lancar. Tak mau fikir sangat dah. Sampai masanya aku pergi memang aku akan pergi. Seronok juga buat akaun ni. Walaupun aku tak handle full set of account tapi pengalaman yang aku dapati memang cukup bermakna. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada boss aku kat Kota Kinabalu ni dan segala perhatian yang diberikan. Tak lupa juga kepada aunty, uncle dan semua staff2 yang ada kat sini….sekali lagi Kumauh (bahasa Korea). InsyaAllah kalau ada kesempatan kelak kita semua akan berjumpa juah…..bye…

KOLOMBONG-KOTA KINABALU
SABAH-LAND BELOW THE WIND

Selasa, 15 Mac 2011

Amaran Tsunami.....

11/3/2011 -7.45pm-Alamak..aku dikejutkan dengan amaran tsunami yang kemungkinan melanda perairan Sabah disebabkan kejadian gempa bumi di Jepun. Amaran berjaga2 diwarwarkan di radio dan juga TV. Namuni sebenarnya tiada apa yang boleh dilakukan jika memang ianya ditakdirkan terjadi. Cuma tawakkal dan menyediakan dokumen yang penting sahaja….

Perkara yang baru jah aku terima ni membuatkan aku tak senang duduk, bagai kucing nak beranak ataupun bagaikan cacing kepanasan ni. Yealah almaklum kebanyakan rumah2 di Sabah amnya dibina dipersisiran pantai….Keluarga aku kat Sandakan lagilah, jenis rumah atas laut. So sampai2 hostel jah aku topup my handphone. Call sana dan call sini. Apa yang penting kata mereka Cuma menuruti arahan pihak berwajib seperti polis dan juga marin di perairan laut sulu. Walaupun kebimbangan menyelimuti hati, terpaksa berdoa agar semuanya dalam keadaan yang baik. InsyaAllah.

Menjelang pukul 11pm, amaran kemungkinan tsunami telah dimansuhkan. Thanks God. I always put in my mind, this things can be happen to anyone, anytime or anywhere. Keadaan bencana ini bertambah teruk akibat adanya stesen janakuasa nuclear yang terjejas dan telah pun ditutup. Masih teringat pasal tsunami yang pernah melanda acheh sebelum ni, Tak silap aku dalam tahun 2002, Tsunami yang merentasi benua dan melibatkan banyak kehilangan nyawa. Namun semua yang terjadi ni Ketentuan Illahi. Disebalik kesenangan itu adanya kesusahan. Begitu jugak disebalik kesusahan itu adanya kesenangan. Hanya Allah yang maha mengetahui dan ianya telah tertulis dalam kitab Lauh Mahfuz. Allahu Alam…..


Gegaran agak tinggi direkodkan pada skala richter. Ianya melibatkan kehilangan nyawa yang agak ramai. Setelah beberapa hari berlaku, perkara dahsyat ialah letupan beberapa reactor nuclear…apakah kesannya kelak??? Allahu Alam Bissawab.

Ahad, 13 Mac 2011

Mampukah aku menawan hatinya.....

Melihatnya…
Hati bagaikan bergelora
Oleh pelbagai rasa
Takut, gementar, suka….

Ya Rabb,
Engkau maha mengetahui..
Permudahkanlah baginya
Permudahkanlah bagiku…

Ya Rabb,
Doa ku panjatkan Padamu…
Temukan aku dengannya..
Pembimbingku kejalan yang Kau Redhai
Jika dia Insannya
Mampukah aku menawan hatinya…
Hanya padamu aku memohan Pertolongan
Teguhkan semangatku
Menghadapi semua dugaan
Bukakanlah Hatinya
Bukakanlah Hatiku….
Sesungguhnya Hanya padamu aku berserah..
Amin.

Jumaat, 11 Mac 2011

cannot digestlah....

HEE…HE..HE…
MASIHKU INGAT,
AKU PERNAH ADA SORANG BOS,
SELALU SAJA KEDENGARAN…
KATANYA…..”THESE ALL THINGS AH….CANNOT DIGESLAH…”
AN ENGINEER DALAM SEBUAH SYARIKAT..
JENIS TAK DUDUK DIAM PUNYA ORANG….
MATANG DENGAN PENGALAMAN…
ASAM DAN GARAM KEHIDUPAN PEKERJAAN
YEA….

KINI AKU FAHAM
MAKSUD DISEBALIK KATA-KATA ITU..
HATI SENTIASA TAK SENANG..
MERAGUT KECERIAN HARIAN..
PERLUKAH KITA KORBANKAN
KECERIAAN DENGAN
PERSEKITARAN…YANG AGAK MENGGILA,,,
IBARATNYA..
SEDETIK MELALUI SEMUA ITU..
SEAKAN UMUR MAKIN SINGKAT…
BERBALOI KAH???
ALAHAI…

SITUASINYA…
SEMINIT KECERIAAN ITU
DIRENTAP SEKELIP MATA..
DENGAN SIKAP MEREKA….
DENGAN PERSEKITARAN KITA BERADA….
DENGAN SISTEM KERJA YANG BERCELARU….
IRONINYA…
AKU CUBA TERADAPTASI..
HAKIKATNYA MEMANG AKU TAK MAMPU..
SEMUANYA…SEAKAN MEMBUATKAN AKU RASA NAK MUNTAH….
KEPALA BAGAI NAK PECAH..
SEAKAN ADA SESUATU YANG BISA MELETUP SEKELIP MATA…

SEANDAINYA DAPAT KU LARI….
MEMANG AKU DAPAT LARI…SAYONARA….
KINI AKU TENANG…
HANYA MENGHITUNG HARI….
PERGI TAK MUNGKIN KEMBALI….
TERUS MELANGKAH DAN TAK INGIN MENOLEH LAGI