Jumaat, 30 Julai 2010

Win2 situasion...

Salam...

Seringkali dalam kehidupan kita akan ada timbal baliknya. Kita memerlukan kehadiran orang2 dipersekitaran kita. Hubungan sesama manusia ni memang jelas dinyatakan dalam islam, hubungan hablulminannas....

Ungkapan yang sering diwarwarkan adalah orang memberi kita merasa. Orang berbudi kita berbahasa. Jangan ingat kita boleh hidup menyendiri dan tak perlu bergantung dengan orang lain. Walau apapun kebergantungan kita terhadap orang lain kena tengok pada niat kita sendiri. Selagi kita tahu perbatasan jangan berlaku kejam dengan tidak meletakkan sesuatu pada landasan yang sepatutnya. Tak salah jika kadangkala kita berbuat demikian. Kita takkan berjaya dengan usaha sendiri jika tiadanya sokongan keluarga mahupun teman2. Dirumah kita memerlukan kaum keluarga, tempat kerja, majikan memerlukan kita dan kita jugak memerlukan majikan kita dalam bentuk gaji. Tanpa kita sedari bentuk kebergantungan ini merupakan satu contoh Win2 situasion. begitu jugak sahabat. Terima kasih aku tujukan pada sahabat-sahabat aku selama ni yang banyak memberi galakan, sokongan dan jugak nasihat. kadangkala dengan berbuat seadanya ataupun sepatutnya pada orang sekeliling boleh membuatkan kita rasa lega.... anyway, marahlah jika rasa ingin marah tapi patikan jangan marah lama2 tau... nanti diri juga rasa gelombang negatif....yang terpancar pada wajah kita... sendiri mau ingatlah...beb

Celaka????

Assalamualaikum....
it been long enough i didnt update my blog. sometimes banyak idea datang dan apabila berdepan dengan komputer semua idea tuh seakan menghilang. tak update blog bukan kerana sibuk tapi entahlah mungkin kerana kemalasan yang membelenggu diri kot.

terasa nak sentuh pasal ungkapan celaka... bagi akulah inilah perkataan yang paling tak sedap untuk digunapakai walau dalam keadaan emosi yang paling negatif..let say dibelenggu rasa amarah yang teramat?? rasa tak selesa everytimes someone ungkapkan perkataan ini sabagai bahasa harian.. Jauh disudut hati ini setiap kali ungkapan celaka itu diutarakan, aku anggap 1 patah dia keluarkan dari mulutnya bersamaan 44 kali ungkapan itu untuk diri dia sendiri.tak kiralah pada apa atau sesiapapun ungkapan itu ditujukan....takda maknanya...pun...

sedar tak sedar dah dah masuk 3 bulan aku jadi perantau di kota kinabalu. terasa seakan dah lama aku berada disini. mungkin sebab aku pernah belajar dikota ini selama beberapa tahun. really miss my parent at sandakan. yah kalau diberi pilihan aku memang nak settle down kat sandakan...anyway, semua ini cabaran...Yahh!!!

Jumaat, 16 Julai 2010

Kau Bagai Hantu


Wajahmu
Kelibatmu
Bayangmu
Mengisi dan mencuri segenap ruang mayaku
Oh mengapa??
Cintakah??
Kasihkah?
Atau sekadar obsessi menguasai diri..
Minda separa sedarku memikirkanmu
Minda sedarku menafikanmu

Oh…Tuhanku..
Jika dia tercipta untukku
Dekatkan hatiku hatinya
Jika sebaliknya..
Lupuskan ingatan ini padanya

Hakikatnya..
Aku tersenyum sendiri memikirkan karenah
Perasaan dan hati
Bercelaru…
Dia bagaikan hantu
Aku akui
Itu cumalah cebisan ingatan padanya yang tersisa
Sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang lebih mengetahui